Harian Metro

OKU sertai Larian Obor Sukan SEA

-

Sungai Besar: Walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU) dan berkerusi roda, Mohd Soffian Sumali, 30, tetap bersemanga­t menyertai Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Peringkat Daerah Sabak Bernam, semalam.

Mohd Soffian yang lumpuh bahagian kanan badan selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 2010 dibantu rakannya, Mohd Arifin Tohid, 28, yang menolak kerusi rodanya itu.

Mohd Soffian yang juga pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Setia, Pasir Panjang berkata, dia gembira kerana dapat menyertai larian itu.

“Saya mengetahui mengenai program ini daripada tenaga pengajar PDK, malah mereka memberi galakan kepada saya untuk menyertai larian yang diadakan dari Dataran Tonggak 10 hingga ke Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani.

“Saya dan Mohd Ariffin dapat mengharung­i satu daripada peringkat larian membabitka­n keseluruha­n 5.2 kilometer iaitu dari garisan permulaan hingga ke restoran makanan segera di Sungai Besar,” katanya ketika ditemui.

Mohd Arifin pula berkata, dia kagum dengan semangat Mohd Soffian, malah bangga dengan rakan baiknya itu.

“Saya melihat sendiri kesungguha­n Mohd Soffian dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Mohd Soffian turut menyatakan hasrat ingin berjumpa semua orang dan menceritak­an kisah hidupnya yang sebelum ini normal seperti insan lain,” katanya,” katanya.

 ??  ?? MOHD Soffian (depan) dan Mohd Arifin (dua dari kiri) bersama tenaga pengajar PDK Seri Setia.
MOHD Soffian (depan) dan Mohd Arifin (dua dari kiri) bersama tenaga pengajar PDK Seri Setia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia