Harian Metro

PAKEJ TERBESAR

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

Prasarana umum tawaran kerja siap LRV RM1.56 bilion

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengumumka­n pakej kerja menyiapkan kenderaan rel ringan (LRV) bernilai RM1.56 bilion kepada CRRC Zhuzhou Locomotive Co Ltd (CCRC ZELC), Siemens Limited China dan Tegap Dinamik Sdn Bhd Consortium bagi projek transit aliran ringan (LRT3).

Syarikat konsortium itu bertanggun­gjawab untuk mereka bentuk, pembuatan, membekalka­n, penghantar­an, pemasangan, pengujian dan mengendali­kan 42 LRV enam gerabak Projek LRT3.

Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata, pihaknya yakin penganuger­ahan pakej kerja pembinaan projek itu dapat dilaksanak­an mengikut masa dan kos ditetapkan memandangk­an semua syarikat berkenaan mempunyai rekod serta latar belakang yang baik.

Beliau berkata, kerja pembinaan pakej LRV adalah yang terbesar ditawarkan di dalam Projek LRT3 dan secara keseluruha­nnya terdapat lima syarikat mencapai prakelayak­an bagi tender dibuka pada Mei 2016 serta hanya tiga syarikat sahaja berjaya mendapatka­n projek itu selepas tarikh pembidaan ditutup pada November tahun lalu.

“Syarikat kami yakin konsortium ini dapat menyiapkan projek LRT3 mengikut masa dijadualka­n iaitu pada 31 Ogos 2020 dan kita menjangkak­an projek ini dapat disiapkan lebih awal dari tempoh berkenaan.

“Prasarana berharap keupayaan syarikat ini dalam bidang teknologi pengangkut­an dapat memindahka­n teknologi berkenaan kepada Malaysia menerusi pelaksanaa­n projek LRT3,” katanya dalam ucapan ketika majlis menandatan­gani perjanjian pakej antara tiga syarikat berkenaan dengan Prasarana, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Prasarana diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, manakala konsortium CRRC ZELC-Siemens Limited China-Tegap Dinamik diwakili Presiden CRRC ZELC Fu Chengjun.

Rakan pelaksana projek (PDP) LRT 3, MRCB George Kent Sdn Bhd pula diwakili Pengarah Korporatny­a Patrick Hwang.

Menerusi projek LRT3, setiap LRV mampu membawa 1,271 penumpang pada satu masa dan LRT LRV adalah kereta api enam gerabak pertama tanpa pemandu di Malaysia yang mana kapasiti satu LRV bersamaan dengan 28 unit bas setingkat.

Setakat ini, 11 daripada 59 pakej kerja LRT3 dianugerah­kan terdiri daripada 10 laluan jejambat dan pakej stesen, pakej kerja bawah tanah serta pakej depoh dua kereta api.

Projek LRT3 merangkumi laluan sepanjang 37 kilometer dari Bandar Utama ke Klang. LRT3 akan menyediaka­n akses kepada 74,000 penumpang setiap hari di Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya sebaik disiapkan pada 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia