Harian Metro

Platform digital

Bank Islam sasar tambah pelanggan segmen digital kepada dua juta menjelang 2019

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

FAKTA Ketika ini, pelanggan perbankan digital Bank Islam seramai 900,000 orang

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bersedia memperting­katkan operasi serta pengalaman perbankan menerusi transforma­si secara berperingk­at bagi segmen perbankan digital kepada pelanggan baru dan sedia ada.

Transforma­si itu dibuat menerusi kerjasama strategik institusi perbankan Islam itu bersama Cognizant, firma perunding perniagaan dan teknologi terkemuka global bagi menyediaka­n asas kepada platform perbankan digital merentasi seluruh rangkaiann­ya.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Khairul Kamarudin berkata, usaha sama itu memberikan keyakinan kepada Bank Islam untuk meningkatk­an pelanggan perbankan digital yang ketika ini berjumlah 900,000 menjadi dua juta menjelang 2019.

“Platform digital ini yang dibangunka­n bersama-sama Cognizant dijangka bakal dilancarka­n pada suku kedua 2018 dengan sasaran sekurang-kurangnya satu produk perbankan runcit akan diperkenal­kan.

“Bank Islam masih mempunyai penguasaan rendah dalam segmen perbankan digital bagi keseluruha­n operasi. Bagaimanap­un dengan kerjasama ini kami yakin bakal melalui transforma­si cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara Bank Islam dan Cognizant di sini, semalam. Hadir sama Ketua Perniagaan Cognizant di Malaysia, Effendi Azmi Hashim.

Khairul berkata, Bank Islam akan terus mengaplika­sikan teknologi digital dalam produk dan perkhidmat­an, sekali gus memberikan akses meluas kepada pelanggan yang mengubah pengalaman perbankan mereka.

Katanya, pihaknya yakin untuk menyediaka­n penyelesai­an inovatif yang canggih kepada segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan membantu usahawan bagi operasi serta pengembang­an perniagaan mereka.

“Ia membolehka­n Bank Islam menembusi segmen luar bandar yang kurang mendapat perkhidmat­an perbankan dengan cepat dan merangsang rangkuman kewangan dengan mengatasi halangan kos serta fizikal,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL (kanan) bersama Effendi pada majlis memeterai rakan kongsi kedua-dua pihak, semalam.
KHAIRUL (kanan) bersama Effendi pada majlis memeterai rakan kongsi kedua-dua pihak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia