Harian Metro

Kek lapis sejuk beku

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

G&H Cake House Sdn Bhd merancang untuk menembusi pasaran antarabang­sa lebih meluas dalam tempoh dua tahun menerusi produk kek lapis sejuk bekunya di bawah jenama MyZiff Bakers.

Pengarah Urusannya, Fauziah Tawil berkata, setakat ini produk itu berada di Agro Bazar Singapura serta China dan akan memasuki pasaran Brunei menjelang akhir tahun ini.

Katanya, syarikat menerima permintaan dari Dubai, Hong Kong dan Jepun, namun akan memberi tumpuan terhadap pasaran Malaysia terlebih dahulu.

“MyZiff Bakers mula dikomersia­lkan pada 2012 dan kami menerima banyak bantuan daripada agensi kerajaan seperti FAMA, SMECorp, MARA, Jabatan Pertanian, Sirim dan Miti untuk membangunk­an produk ini bagi pasaran eksport.

“Bagaimanap­un, kami akan memfokus terhadap pasaran ASEAN dan memasuki pasar raya besar di negara ini berikutan MyZiff Bakers buat masa ini boleh didapati di Lulu Hypermarke­t dan Parkson,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, awal tahun depan pihaknya menjangkak­an produk mereka akan memasuki pasar raya Giant dan Aeon Big.

Sementara itu, Pengarahny­a, Haniz Amira Ahamat berkata, produk Freezy Layer Cake turut menerima Pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungja­wab Industri) dan Halal.

“Buat masa ini, kami menawarkan 11 jenis kek dan tiga biskut di bawah jenama MyZiff Bakers. Keunikan kek lapis sejuk beku yang kami hasilkan ini masih dibuat secara ‘home made’ dan boleh terus dihidangka­n ketika sejuk.

“Harga runcit untuk produk ini hanya RM15 sekotak dan kami turut membuka peluang kepada mereka yang ingin menjadi ejen dengan modal serendah RM500 dan syarat lain mesti mempunyai peti penyejuk beku,” katanya sambil menambah maklumat lanjut boleh melayari Facebook atau Instagram, myziffbake­rs.

G&H Cake House tembus pasaran antarabang­sa

 ??  ?? Fauziah (kiri) dan Haniz Amira menunjukka­n
produk MyZiff Bakers.
Fauziah (kiri) dan Haniz Amira menunjukka­n produk MyZiff Bakers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia