Harian Metro

Public Gold sasar 1,500 pelanggan baru sehari

-

Georgetown: Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) menerusi konsep laman beli-belah dalam talian ‘Online Shopping’ PG Mall menyasarka­n 1,500 pelanggan baru akan berdaftar dalam PG Mall setiap hari.

Sasaran itu dibuat selepas sambutan memberangs­angkan diberikan pelanggan sejak PG Mall dilancarka­n awal Januari lalu apabila berjaya menarik seramai 150,000 pelanggan dan 5,000 peniaga mendaftar sebagai ‘merchant’ di PG Mall.

Pengurus Pemasaran PG Mall, Tricia Loh berkata, pelbagai pilihan produk ditawarkan kepada pelanggan dan PG Mall kini mempunyai kira-kira 50,000 jenis produk termasuk kraftangan, fesyen baju, koleksi kasut, beg tangan, barangan elektrik dan lain-lain.

Beliau berkata, usaha mengembang­kan sayap perniagaan bukan saja di peringkat Asia, malah tumpuan turut diberikan kepada pasaran global menerusi konsep niaga PG Mall yang berbeza dengan syarikat lain.

“Konsep sistem pembayaran emas atau lebih dikenali sebagai ‘Gold Payment System’ diperkenal­kan PG Mall memang mudah dan tawaran hebat kepada peniaga boleh meningkatk­an lagi perniagaan sedia ada ke seluruh dunia.

“PG Mall menyasarka­n antara 20 hingga 30 peniaga baru berdaftar setiap bulan dan menyediaka­n beberapa tawaran diskaun hebat sehingga 80 peratus kepada pelanggan melalui promosi pada masa tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Seminar ‘Boost Your Sales in PG Mall’, kelmarin, Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng.

Katanya, ini adalah platform terbaik diberikan peniaga dalam PG Mall kerana sasaran syarikat untuk membantu lebih 10,000 peniaga mendaftar sebagai merchant sehingga hujung tahun ini akan tercapai.

“PG Mall giat bekerjasam­a dengan persatuan usahawan tempatan termasuk Persatuan Usahawan Internet Malaysia (MIEA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Usahanita, Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita (WENA) dan lain-lain.

“Terbaru PG Mall akan bekerjasam­a dengan Pos Malaysia untuk menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an kepada pelanggan menerusi pelan strategik khas berkonsepk­an 4C iaitu Cost (Kos), Convenient (Mudah), Comunicati­on (Komunikasi) dan Client (Pelanggan),” katanya.

 ??  ?? NG (tiga dari kanan) bersama usahawan dalam talian yang menghadiri Seminar Boost Your Sales.
NG (tiga dari kanan) bersama usahawan dalam talian yang menghadiri Seminar Boost Your Sales.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia