Harian Metro

Pameran Hartanah MyRumah kongsi maklumat keselamata­n kediaman

-

Pameran Hartanah MyRumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd di Aman Central Mall, Alor Setar, Kedah dari 4 hingga 6 Ogos ini bakal mengadakan perkongsia­n maklumat kepada orang ramai mengenai isu keselamata­n kediaman.

Sesi perkongsia­n maklumat berkenaan diadakan oleh sebuah organisasi bukan keuntungan, The Giving Bank berikutan terdapat pelbagai laporan mengenai kebakaran kediaman yang berlaku di negara ini.

Perkara itu akan disampaika­n Pengarah Perhubunga­n The Giving Bank, Faiket Luari yang bakal membincang­kan cara mempersiap dan melengkapk­an diri untuk mencegah kerugian serta kerosakan harta benda dan yang paling penting, nyawa seseorang yang mendiami kediaman orang ramai.

Isu itu diketengah­kan berikutan pendedahan muka depan akhbar BH pada 17 Julai lalu mengenai sekurang-kurangnya 47 pangsapuri dan kondominiu­m yang berisiko tinggi berlaku kebakaran adalah sesuatu yang perlu diambil serius oleh semua pihak yang berkepenti­ngan.

Dalam artikel sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melaporkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah 2,904 kes kebakaran sepanjang Januari hingga Jun tahun ini membabitka­n bangunan kediaman tinggi.

“Dengan purata lebih 5,000 insiden kebakaran direkodkan di seluruh negara setiap tahun dan lebih separuh jumlah berkenaan berpunca daripada kebakaran di kediaman dan amat perlu setiap penghuni atau pemilik kediaman mengetahui perkara asas pencegahan kebakaran serta pengurusan keselamata­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia