Harian Metro

Pam 6.4 liter susu badan sehari

-

Syarikat): Seorang ibu berusia 29 tahun menghasilk­an kira-kira 6.4 liter susu sehari 10 kali ganda melebihi susu yang dihasilkan wanita biasa - kerana menghidap keadaan pelik dikenali sebagai Sindrom Hiperlakta­si.

Elisabeth Anderson-Sierra, dari Beaverton, Oregon, berkata, dia menghabisk­an hampir 10 jam sehari mengepam susu badannya bukan saja untuk anaknya tetapi juga untuk didermakan kepada bank susu serta keluarga yang memerlukan­nya.

Menurutnya, setakat ini dia mendermaka­n 2,271 liter susu badannya. Dia menganggar­kan sudah membekalka­n susu untuk ribuan bayi sejak melahirkan anak sulungnya Isabella yang kini berusia dua tahun setengah.

“Saya menghabisk­an masa seharian untuk mengepam susu yang kemudian disimpan di dalam empat peti beku besar di kediaman saya sebelum diberikan kepada wanita yang tidak dapat menyusukan anak mereka. Saya turut menyumbang kepada bank susu untuk bayi pramatang.

“Ia bukan kerja mudah dan ada kalanya menyakitka­n. Saya mengepam susu lima kali sehari - sebaik bangun pagi, selepas sarapan serta makan tengah hari dan malam, sebelum akhirnya pada tengah malam.

“Susu itu kemudian disimpan, dilabel dan disterilka­n. Sungguh meletihkan tetapi saya gembira dapat membantu mereka yang memerlukan­nya,” katanya.

Menurut Elisabeth dia terpanggil untuk mendermaka­n susu badannya selepas mengalami kesukaran ketika kelahiran Isabella.

“Dia dilahirkan pramatang jadi saya tidak dapat menyusukan­nya dan dia terpaksa bergantung kepada susu yang didermakan.

“Saya memahami betapa penting untuk seorang ibu mengetahui anaknya mendapat susu badan sebaiknya,” katanya. - Agensi

 ??  ?? ELISABETH menunjukka­n stok susunya. - Agensi SUSU yang dipam, disteril dan dilabel sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku. - Agensi
ELISABETH menunjukka­n stok susunya. - Agensi SUSU yang dipam, disteril dan dilabel sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia