Harian Metro

Jual sate anjing

Pihak berkuasa Bali pantau penjualan elak penularan wabak rabies

-

Jabatan Penternaka­n dan Kesihatan Haiwan (PKH) Bali menubuhkan kumpulan khas bagi menyiasat penjualan daging anjing sebagai makanan manusia. Tindakan itu diambil susulan surat daripada Gabenor Bali, Made Mangku Pastika yang mahu penjualan daging anjing dipantau bagi mengelak penularan wabak seperti penyakit anjing gila.

BBC Indonesia melaporkan, Bali belum mempunyai peraturan secara tegas yang melarang penjualan daging anjing.

Bagaimanap­un, Pengarah Biro Hubungan Masyarakat Bali, Dewa Gede Mahendra Putra memberitah­u, pihak berkuasa sudah mengambil langkah lanjut berkaitan isu itu (penjualan daging anjing).

Mahendra sekali lagi menegaskan, pemantauan yang dibuat oleh PKH baru-baru ini tidak menemui daging anjing yang dijual secara terbuka.

“Sekiranya ada yang menjual secara sembunyi, kami akan terus membuat pemantauan. Orang ramai juga diminta menyalurka­n maklumat kepada kami,” katanya.

Sebelum ini, sebuah media Australia mendedahka­n ramai peniaga jalanan di Bali menjual daging anjing yang dijadikan sate.

Laporan itu juga menyebut beberapa pelancong asing berang selepas secara tidak sengaja memakan sate berkenaan.

Sementara itu, seorang wanita, Maria Retna yang pernah menetap di Sanur, Bali memberitah­u, peniaga yang menjual daging anjing mudah didapati kerana mereka berniaga di tepi jalan.

“Banyak gerai meletakkan papan tanda tertulis ‘RW’ singkatan ‘rintek wuuk’, dalam bahasa Manado yang bermaksud anjing.

“Bagaimanap­un, ramai pelancong asing yang tidak tahu makna perkataan itu ketika membeli makanan di gerai berkenaan,” jelasnya.

FAKTA Peniaga yang jual

daging anjing mudah didapati kerana mereka berniaga di tepi

jalan

 ??  ?? GAMBAR yang dirakam penyiasat Animals Australia menunjukka­n seorang lelaki menjual sate daging anjing di Bali. - Agensi
GAMBAR yang dirakam penyiasat Animals Australia menunjukka­n seorang lelaki menjual sate daging anjing di Bali. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia