Harian Metro

Telan air tandas

- Agensi

Satu tersebar di Internet menunjukka­n hukuman menjijikka­n sebuah syarikat di China untuk kakitangan­nya yang gagal mencapai sasaran jualan apabila dipaksa minum air dari lubang tandas.

Dalam rakaman memualkan itu yang mencetuska­n rasa geli dalam kalangan pengguna Internet China, seorang kakitangan lelaki dilihat mencangkun­g di sebelah lubang tandas sebelum mencedok air dari dalamnya menggunaka­n gelas.

Dia kemudian memeriksa air berkenaan sebelum meletakkan gelas itu pada bibirnya dan meminumnya.

Pada masa sama seorang wanita yang turut memegang gelas berisi air dari lubang tandas berkenaan minum dalam keadaan teragak-agak

video dan menahan geli.

Beijing News melaporkan, mereka kakitangan sebuah studio fotografi di Guang’an, wilayah Sichuan, yang dihukum kerana prestasi kerja tidak memuaskan.

Seorang kakitangan wanita kemudian dirakam mengakui mengalami cirit-birit selepas menjalani hukuman berkenaan, malah terlalu mual sehingga hampir muntah

Syarikat hukum kakitangan gagal capai prestasi disasarkan

ketika cuba makan nasi selepas kejadian itu.

Polis dilaporkan menahan orang yang merakamkan video berkenaan dan dia difahamkan direman selama empat hari.

Video itu dimuat naik ke laman sembang WeChat kakitangan syarikat sebelum tular.

Seorang pengurus syarikat menafikan video berkenaan dirakam di syarikatny­a, sebaliknya sengaja dilakonkan dan disebarkan dalam kalangan pekerja sebagai motivasi supaya mereka bekerja lebih keras.

Polis dilaporkan menyiasat kejadian berkenaan.

 ??  ?? VIDEO yang viral
menunjukka­n kakitangan minum air dari jamban. - Agensi
VIDEO yang viral menunjukka­n kakitangan minum air dari jamban. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia