Harian Metro

Si kudung bertanggun­gjawab

-

Beijing: Seorang bapa tidak menjadikan keadaannya tanpa kedua-dua tangan sebagai alasan untuk tidak bekerja.

Malah, dia sanggup menjadi penghantar barang untuk menyara keluargany­a.

Zhao Haifeng kehilangan kedua-dua tangannya dari paras bahu akibat kemalangan menggunaka­n barangan elektrik ketika dia berusia tiga tahun.

Kerana tiada tangan, dia sukar mendapat pekerjaan tetapi sejak beberapa tahun lalu Zhao berjaya menyara keluargany­a dengan menjadi penghantar barang.

“Saya bangun jam 5.30 pagi setiap hari dan menghantar kira-kira 100 bungkusan sehari,” katanya.

Dalam rakaman dimuat naik Pear Video, Zhao dilihat menulis setiap alamat untuk penghantar­an sebelum membungkus dan menghantar barangan itu.

Malah dia menunggang motosikal khas yang tidak memerlukan dia menggunaka­n tangannya.

“Saya percaya apa saja boleh dilakukan, tiada yang mustahil asalkan kita mencuba sebaiknya.

“Cuma saya terpaksa berusaha lebih keras berbanding orang normal,” katanya.

Isterinya - yang mempunyai masalah berjalan kerana menghidap polio ketika masih kecil - turut menemani Zhao membuat penghantar­an.

Menurut Zhao, dia meraih kira-kira 2,000 hingga 3,000 yuan (RM1,300 hingga RM1,900) sebulan, cukup untuk memastikan keluargany­a tidak kelaparan.

“Saya cuma mahu menyara keluarga dan memastikan anak kami mendapat pendidikan terbaik untuk masa depannya,” katanya. - Agensi

 ??  ?? ZHAO menulis alamat penghantar­an. Gambar kecil menunjukka­nnya membuat penghantar­an. - Agensi
ZHAO menulis alamat penghantar­an. Gambar kecil menunjukka­nnya membuat penghantar­an. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia