Harian Metro

Wanita botakkan gadis dirogol suami diburu

-

Polis memburu seorang wanita yang membelasah dan mencukur rambut remaja perempuan sebagai hukuman selepas gadis itu dirogol suaminya bersama sekumpulan lelaki lain.

Empat lelaki sudah ditahan berhubung kejadian rogol itu selepas gambar mangsa dan ibunya yang dicukur kepala mendapat rawatan di hospital mencetuska­n kemarahan orang ramai.

Seorang suspek, Tufan Sarker, 25, yang dikaitkan dengan parti pemerintah Bangladesh sudah didakwa manakala isterinya Asha Khatun kini diburu selepas dikatakan mengheret remaja berusia 16 tahun itu dan ibunya ke rumah mereka sebelum membelasah dan mencukur kepala mereka.

“Tufan mengancam mangsa dan ibunya dengan mengugut membunuh mereka jika dia mengadu kejadian rogol itu kepada sesiapa,” kata jurucakap polis, Sonaton Chakrobort­y.

Gambar mangsa dan ibunya yang sudah dibotakkan tersebar di Internet dan ia mencetuska­n kemarahan penduduk Bangladesh.

Mangsa yang identitiny­a tidak didedahkan berkata, Asha menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan Tufan.

“Tapi itu tidak benar. Saya berulang kali meminta maaf, tetapi dia enggan mendengar malah membotakka­n kepala saya.

“Malah ibu saya turut dibelasah dan dibotakkan,” katanya dipetik media tempatan.

Sementara itu, polis turut memburu adik ipar Tufan yang juga anggota majlis bandar Bogra kerana didakwa bersubahat apabila menghantar samseng untuk membelasah mangsa dan ibunya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia