Harian Metro

Merusuh selepas enggan bantu hantar pesakit 30 terbunuh

-

Jayapura (Indonesia): Polis Indonesia menembak mati seorang lelaki dan mencederak­an beberapa yang lain dalam satu rusuhan di Papua yang tercetus apabila sekumpulan pekerja enggan membawa seorang lelaki nazak ke hospital.

Pergaduhan tercetus di daerah Deiyai kelmarin apabila penduduk kampung meminta sekumpulan pekerja di tapak pembinaan menghantar seorang lelaki yang sakit.

Bagaimanap­un, pekerja enggan memberi bantuan kerana bimbang dipersalah­kan sekiranya lelaki itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Tindakan itu menyebabka­n penduduk marah dan berkumpul di tapak pembinaan berkenaan selepas lelaki itu meninggal dunia.

Polis yang dihantar bagi menyuraika­n penduduk melepaskan tembakan yang menyebabka­n seorang lelaki berusia 28 tahun maut.

Tujuh lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak juga cedera ringan akibat terkena serpihan peluru.

Jurucakap polis Papua, Ahmad Mustofa Kamal berkata, penduduk membaling batu yang menyebabka­n 11 anggota polis cedera.

“Kami melepaskan tiga tembakan amaran kerana keadaan tidak terkawal,” katanya yang memberitah­u satu tembakan terkena mangsa yang maut. - AFP

Tiga puluh orang, termasuk kanak-kanak terbunuh dan 64 cedera selepas sekumpulan lelaki melontarka­n bom tangan sebelum meletupkan diri mereka di dalam sebuah masjid

Syiah di barat Afghanista­n, lewat malam kelmarin.

Daish semalam mengaku bertanggun­gjawab terhadap kejadian di bandar Herat yang bersempada­n dengan Iran itu.

Ia berlaku sehari selepas kumpulan berkenaan berkata, mereka yang melancarka­n serangan terhadap atas kedutaaan Iraq di Kabul yang menyebabka­n dua orang mati.

Syiah, penduduk minoriti yang berjumlah kira-kira tiga juta orang di Afghanista­n sering menjadi sasaran Daish sejak tahun lalu.

Seorang penduduk, Farhad Dost berkata, polis tidak bertindak untuk menghalang penyerang berkenaan atau membantu mangsa selepas serangan semalam.

“Pos pemeriksaa­n polis hanya kira-kira 100 meter dari masjid. Mereka langsung tidak cuba menghalang penyerang itu, sebaliknya melarikan diri sebaik mendengar letupan,” kata Dost yang kehilangan beberapa anggota keluarga dalam serangan itu.

Penduduk tempatan kemudian bertempur dengan polis dan membakar pos pemeriksaa­n itu, menyebabka­n polis melepaskan tembakan, mencederak­an bebeberapa penunjuk perasaan.

Seorang lagi penduduk, Farhad Afshar berkata, dia bergegas ke masjid selepas mendengar letupan.

“Saya melihat masjid itu dipenuhi darah dan sisa mayat.

“Saya melihat seorang wanita meraung sambil mencari dua anaknya. Dia menemui mayat seorang daripada mereka di dalam masjid itu, mayat seorang lagi di dalam ambulans,” kata Farhad.

Berdasarka­n cerita saksi, Farhad berkata, penyerang

Sekumpulan lelaki lontar bom tangan sebelum letupkan diri dalam masjid Syiah

mulanya melepaskan tembakan, menyasarka­n jemaah yang bersiap sedia untuk solat Isyak. Mereka kemudian melontarka­n bom tangan sebelum akhirnya meletupkan diri di dalam masjid itu.

Saksi berkata, keadaan bercelaru selepas kejadian itu dengan wad kecemasan di hospital penuh sesak.

Sebahagian mangsa dihantar ke hospital oleh penduduk dengan kereta sendiri. Ada juga yang berjalan kaki untuk menghantar mangsa.

“Ambulans tidak cukup. Saya cuba menghantar seorang kanak-kanak kecil ke hospital tetapi dia meninggal dunia dalam dakapan saya,” kata Ali, antara mangsa yang terselamat.

Jurucakap gabenor Herat, Jilani Farhad berkata, angka kematian mungkin meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia