Harian Metro

Jadi pengguna bijak

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Ketahui jenis, fungsi, kandungan produk kosmetik digunakan

Selain pakaian dan aksesori cantik, wanita pasti mahukan kulit wajah yang bersih serta berseri.

Namun pemilihan produk yang salah boleh menjejaska­n kulit dan lebih menyedihka­n, ia punca kemunculan masalah baru seperti jeragat

Lambakan produk kecantikan sememangny­a membuatkan kita tertanya-tanya, apakah rangkaian penjagaan badan yang sesuai dengan masalah dihadapi kulit?

Bagaimanap­un sebagai pengguna bijak, penting untuk kita membelek kandungan bahan produk sama ada mengandung­i bahan terlarang seperti merkuri dan hydrokuino­n serta tidak disyorkan ahli dermatolog­i.

Pilihan dan keputusan di tangan pengguna.

Jangan taasub untuk cantik hingga rela memudaratk­an kulit.

Sebaik-baiknya, lakukan pilihan bijak dengan mengetahui jenis produk, fungsi dan kandungan rumusan produk berkenaan.

Selain produk penjagaan diri atau badan, produk kosmetik daripada pelbagai jenama sama ada keluaran tempatan mahupun antarabang­sa memberikan banyak pilihan kepada pengguna mengikut keperluan dan keutamaan masing-masing.

Pengguna prihatin lazimnya meneliti beberapa faktor terlebih dulu sebelum pemilihan antaranya kandungan bahan, keberkesan­an produk, kesesuaian dan paling penting, status halal produk kosmetik khususnya bagi pengguna Islam.

Kulit adalah organ terbesar dan terpenting buat manusia. Tidak kira kulit wajah atau badan, ia tetap memerlukan penjagaan sempurna.

Oleh itu, jangan sesekali memandang remeh hal ini. Jika kulit anda sentiasa kering ia pasti mengundang situasi tidak elok untuk kesihatan anda.

Justeru, ia memerlukan penjagaan rapi bukan saja dari luar, tetapi juga dalaman. Faktor cuaca juga berperanan penting, justeru amalkan minum banyak air kosong bagi memastikan kulit mendapat kesegaran diperlukan.

 ??  ?? KULIT organ terbesar manusia memerlukan penjagaan sempurna.
KULIT organ terbesar manusia memerlukan penjagaan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia