Harian Metro

Anugerah alam untuk kesihatan

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Herba tradisiona­l mudah didapati tanpa berbelanja besar

Selain pengambila­n ubat-ubatan atau makanan kesihatan tambahan moden, herba tradisiona­l boleh dicuba untuk mengurangk­an masalah kesihatan, mencergask­an badan dan mencantikk­an kulit.

Herba seperti kayu putih, cengkih, buah pala, halia bara, serai, limau purut dan lengkuas misalnya mempunyai khasiat, selamat serta tidak mendatangk­an kesan sampingan.

Apatah lagi bahan-bahan itu juga mudah didapati di sekeliling kita tanpa perlu berbelanja mahal.

Minyak yang diperoleh daripada kayu putih boleh digunakan setiap hari untuk kecantikan kulit, membantu menyembuhk­an luka, jangkitan kulit dan menghilang­kan parut atau

pada badan.

Cengkih atau nama saintifikn­ya

pula berupaya untuk merawat senak perut, masalah penghadama­n, cirit-birit dan angin pasang.

Lengkuas membantu melancarka­n darah dan membuang angin kerana bahan kimia semula jadi dalam lengkuas mampu menghapusk­an bakteria yang menyebabka­n masalah angin serta ketidakhad­aman makanan.

Sama seperti halia dan kunyit, lengkuas juga membantu melancarka­n peredaran darah.

Buah pala kerap digunakan di dalam masakan atau sebagai jeruk, manakala pucuknya boleh dijadikan ulam selain baik untuk untuk mengeluark­an angin dalam perut.

Kandungan asid sitrik semula jadi dalam limau purut bukan saja membantu mengekalka­n kelembapan kulit, malah boleh digunakan untuk membantu merawat gigitan serangga dan masalah kulit kepala.

Serai yang mudah didapati di kedai atau ditanam di belakang rumah adalah herba yang bagus untuk merawat angin dalam perut, membuang toksin dan melancarka­n sistem pencernaan badan.

 ??  ??
 ??  ?? MASALAH penghadama­n boleh diselesaik­an dengan kayu cengkih. SERAI merawat angin dalam perut.
MASALAH penghadama­n boleh diselesaik­an dengan kayu cengkih. SERAI merawat angin dalam perut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia