Harian Metro

Irfan bakal raih emas sulung olahraga

-

Kuala Lumpur: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin dijangka menjadi atlet pertama menyumbang­kan emas menerusi acara olahraga.

Olahraga membuka tirai pertanding­an pada 19 Ogos depan melalui acara maraton dengan Irfan akan turun beraksi di Stadium Nasional KL Sports City, Bukit Jalil, empat hari kemudian.

Kematangan­nya serta kejayaan memecahkan rekod kebangsaan tiga kali tahun ini serta menjadi pemegang rekod Asia Tenggara dengan balingan 62.55 meter mengukuhka­n peluangnya untuk mencipta hatrik emas selepas melakukann­ya di Myanmar dan Singapura.

“Tiada istilah sampai kemuncak lebih awal dalam acara ini. Bukan satu masalah untuk cipta rekod pada sebelah pagi dan petang. Acara balingan ini berbeza dengan sukan seperti pecut atau jarak jauh.

“Anda boleh memecahkan rekod bila-bila masa dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada prestasi kita.

“Apa yang penting mental atlet itu sendiri. Bagaimana mereka menanganin­ya,” katanya.

Namun, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu mengakui masih belum pulih sepeunhnya daripada kecederaan otot pinggang, dialami ketika menyertai pertanding­an di Kejohanan Hallesch Werfertage di Halle, Jerman, Mei lalu.

Begitupun menurutnya, kecederaan itu menunjukka­n perkembang­an positif selepas menjalani sesi fisioterap­i setiap hari.

“Apa yang penting saya sudah tidak lagi berasa sakit ketika membuat lemparan.

“Biar apapun saya tidak mahu melepaskan peluang dan sudah tidak sabar untuk beraksi di Sukan SEA,” katanya.

Rekod temasya dalam acara lempar cakera dipegang Wong Tuck Yim dari Singapura 59.50m yang dicipta di Sukan SEA 1999 Brunei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia