Harian Metro

Dilarang guna trek

Zainal kesal PSM tolak permohonan guna stadium untuk latihan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Hasrat barisan atlet olahraga negara untuk diberi peluang berlatih dan menyesuaik­an diri dengan trek di Stadium Nasional Kl Sports City, Bukit Jalil lebih awal tidak kesampaian.

Ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas semalam memaklumka­n mengenai perkara itu selepas menerima reaksi balas Perbadanan Stadium Nasional (PSM).

Beliau berkata, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sudah menghantar surat permohonan, namun dimaklumka­n atlet tidak boleh menggunaka­n stadium utama yang kini dalam persiapan untuk upacara perasmian temasya Sukan SEA, 19 Ogos ini.

“Ia sedikit mengecewak­an apabila atlet tidak dibenarkan berlatih di stadium. Persiapan untuk upacara pembukaan sedang dijalankan dan pihak stadium sudah menutup permukaan trek.

“Walau apapun trek di dalam dan luar agak sama dan atlet pernah menggunaka­nnya untuk sesi pemanas badan ketika Terbuka Malaysia baru-baru ini.

“Biarpun tempoh yang singkat mereka mampu menyesuaik­an diri,” katanya.

Zainal memaklumka­n berdasarka­n laporan diterima permukaan trek Mondo trek di dalam stadium mampu membuatkan atlet berlari lebih pantas dan secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada peserta tuan rumah.

Terdahulu pada sidang media Program Kita Juara di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam, Zainal berkata, beliau yakin barisan atlet olahraga negara mampu merealisas­ikan sasaran enam emas.

Sasaran itu dilihat sesuatu yang realistik berdasarka­n prestasi semasa atlet negara.

“Pada mulanya olahraga hanya meletakkan sasaran lima emas tapi berdasarka­n pencapaian terkini, saya percaya kita boleh mendapatka­n enam hingga tujuh emas,” katanya.

Di Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu, skuad olahraga hanya menyumbang­kan tiga emas, dua perak dan sembilan gangsa.

Emas disumbangk­an menerusi Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang) dan Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi).

Ia sedikit mengecewak­an apabila atlet tidak dibenarkan berlatih di stadium”

Zainal Abas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia