Harian Metro

Sedia galas misi negara

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Selepas mencetuska­n fenomena di Bangkok bulan lalu sehingga mendapat perhatian media antarabang­sa, penyerang muda Kedah Muhammad Akhyar Abd Rashid

mengakui sudah bersedia untuk menggalas tugas bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) bulan depan.

Pemain berusia 18 tahun itu berharap terus mendapat kepercayaa­n jurulatih Datuk Ong Kim Swee kerana sedar peluang mendapat tempat dalam pasukan semakin sengit.

“Memang impian saya untuk bermain di Sukan SEA tapi terpulang kepada jurulatih, cuma saya berharap akan dipanggil nanti.

“Peluang agak susah sebab sebelum ini saya hanya dipanggil pada saat akhir untuk menggantik­an pemain yang tidak mendapat pelepasan dan sekarang enam pemain itu mungkin dipanggil semula.

“Peluang bermain di Bangkok pada pusingan kelayakan

(gambar)

AFC (bawah 23 tahun) sebelum ini memang memberikan banyak pendedahan dan keyakinan untuk saya bermain di pentas antarabang­sa. Ia saingan berbeza dengan apa yang saya lalui dalam liga tempatan,” kata Akhyar.

Kelincahan Akhyar ketika beraksi membantu Malaysia B-22 muncul juara Kumpulan H kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Bangkok untuk mara ke pusingan akhir di China tahun depan berjaya mencuri perhatian bukan saja peminat tempatan malah media antarabang­sa.

Dalam laporan FoxSport Asia, namanya disenaraik­an dalam lima pemain muda berbakat dari Asia Tenggara yang mempunyai prospek untuk beraksi dalam liga utama Jepun (J-League).

Selain Akhyar, turut berada dalam senarai itu ialah Tristan Do dari kelab Muangthong Thailand, Chrerng Polroth (NDM/Kemboja), Rufino (AS Academica/Timor Leste) dan Nguyen Cong Phuong (HAGL/Vietnam).

Namun adik kepada bekas pemain kebangsaan Rafdi itu yang menjadikan bintang Barcelona Neymar sebagai idola bagaimanap­un menafikan sudah dirisik mana-mana kelab luar negara.

“Buat masa ini tiada kelab lain menghubung­i saya. Tapi agak terkejut juga apabila dapat tumpuan macam ini. Memang ada keinginan untuk bermain di luar seperti Eropah, mungkin satu hari nanti,” katanya.

 Akhyar harap dapat kepercayaa­n Kim Swee beraksi di Sukan SEA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia