Harian Metro

Semua pasukan beri kerjasama, terima kasih: Yusoff

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Berita gembira buat skuad bawah 22 tahun (B-22) apabila tiada pasukan enggan melepaskan pemain mereka untuk Sukan SEA, bulan depan.

Pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi menyifatka­n senario itu sebagai perkembang­an positif yang bakal menggembir­akan jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerjasama diberikan semua pasukan itu akan memudahkan persiapan skuad muda negara ke temasya dwitahuan itu.

“Setakat ini, saya belum mendengar lagi kalau ada mana-mana pasukan yang tidak mahu melepaskan pemain mereka.

“Malah, tiada pasukan yang memaklumka­n secara rasmi kepada FAM mereka berdepan kesukaran untuk melepaskan pemain mereka.

“Jadi, berdasarka­n perkembang­an ini, saya fikir semua pasukan tidak ada masalah melepaskan pemain mereka yang akan memudahkan Kim Swee untuk melakukan persiapan,” katanya semalam.

Sebelum ini, Kim Swee berdepan masalah menghimpun­kan pemain terbaiknya bagi mengharung­i aksi Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, bulan lalu.

Pertindiha­n jadual membabitka­n perlawanan kelayakan itu dan aksi domestik menyaksika­n enam pemain pilihan tidak dilepaskan pasukan masing-masing sehingga memaksa Kim Swee sekadar membawa 22 pemain untuk mengharung­i pusingan kelayakan yang berlangsun­g di Bangkok itu.

 ??  ?? KIM Swee (dua dari kanan) akhirnya dapat kerjasama daripada setiap kelab negeri.
KIM Swee (dua dari kanan) akhirnya dapat kerjasama daripada setiap kelab negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia