Harian Metro

Petanda positif skuad petanque

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Jurulatih petanque Zanilisa Mohamed yakin anak buahnya mampu memperagak­an aksi terbaik pada saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur nanti berdasarka­n pencapaian cemerlang atlet di Kejohanan Dunia di Belgium, April lalu.

Kejayaan kecemerlan­gan pemain beregu campuran negara meraih tempat ketiga di Ghent, Belgium menjadi petanda Malaysia sudah boleh mengatasi pencapaian satu emas di Singapura dua tahun lalu.

Katanya, beliau tidak terkejut jika daripada 10 acara final nanti, empat atau lima atlet negara mampu mara ke final.

Malah, jurang kemampuan pasukan negara dengan Thailand semakin mengecil jika rekod pertemuan dalam beberapa kejohanan dunia dijadikan panduan.

“Walaupun sasaran diletakkan persatuan adalah dua emas manakala Majlis Sukan Negara (MSN) satu, saya rasa semua itu mampu direalisas­ikan pemain.

“Kenapa? Dalam fasa terakhir ini, pemain mula menunjukka­n kematangan dari pelbagai aspek.

“Dalam aspek taktikal, pemain sudah mula matang. Malah, mereka juga dilihat mampu menyerap

 Zanilisa yakin anak buah atasi pencapaian 2015

tekanan dalam situasi genting,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Tambahnya beraksi di gelanggang sendiri bakal memberi kelebihan kepada pasukan negara yang sudah serasi dengan venueitu.

“Memang Thailand dan Kemboja pencabar terkuat kita di rantau ini yang boleh menggugat sasaran kontinjen negara.

“Namun saya kira kita mempunyai sedikit apabila beraksi di tempat sendiri kerana akan menerima sokongan padu penyokong sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia