Harian Metro

Khairuneet­a pulih sepenuhnya, sedia sahut cabaran

- Ayusliza Azizan sukan@hmetro.com.my

Shah Alam: “Saya berehat tiga bulan sejak Mac lalu akibat kecederaan tulang belakang. Kini saya sudah pulih seterusnya bersedia untuk menjulang nama UiTM (Universiti Teknologi MARA) dan negara,” kata pelayar Khairuneet­a Mohd Afendy.

Khairuneet­a, 22, antara 35 mahasiswa UiTM terpilih mewakili negara pada temasya dwitahunan, bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

Dia yang menyertai perlumbaan berpasukan Laser Radial Wanita dan pada Sukan SEA 2015 Singapura memenangi emas.

Menurutnya, tulang belakangny­a cedera dihempap troli yang digunakan untuk meletak bot ketika menyertai Kejohanan Langkawi Internatio­nal Regatta, Mac lalu.

“Ketika ini, saya menjalani jadual latihan yang padat bagi memastikan dapat memberi aksi terbaik,” katanya ketika ditemui pada perjumpaan Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said bersama atlet yang mewakili negara ke Sukan SEA, semalam.

Khairuneet­a berkata, dia berkecimpu­ng dalam sukan perahu layar sejak berusia lima tahun dan minat itu timbul selepas melihat abangnya, Khairulniz­am serta kakaknya, Khairunnis­a menjalani latihan di Royal Selangor Yacht Club.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Kampus UiTM Perlis itu berkata, sejak itu, dia semakin aktif dalam sukan berkenaan sementara abang dan kakaknya mewakili Malaysia.

“Saya mewakili Malaysia ketika berusia 13 tahun. Alhamdulil­lah, saya dapat menyertai pelbagai kejohanan di luar negara termasuk menerima anugerah pelayar termuda,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia