Harian Metro

Soon Kooi undur angkara kecewa

-

Kuala Lumpur: Tidak berpuas hati dengan beberapa perkara selain berasakan dirinya sudah tidak diperlukan antara punca mengapa Datuk Ow Soon Kooi mengambil keputusan drastik meletak jawatan sebagai Naib Presiden serta Pengerusi Kejurulati­han Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) awal bulan lalu.

Tampil memberi penjelasan pada sidang media semalam, bekas kapten skuad negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik dan Piala Dunia itu berkata, tiga perkara utama berkenaan menjadi punca beliau mengambil keputusan itu.

Tegasnya, perkara pertama adalah berkenaan pendirian tidak tetap Pengarah Teknikal Terry Walsh mengenai kelemahan skuad negara dalam menyempurn­akan pukulan sudut penalti terutama di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.

“Walsh juga sudah lama tidak melaporkan diri kepada saya,” katanya.

Kedua, beliau mempersoal­kan tahap kesihatan Joel Samuel Van Huizen, anak kepada ketua jurulatih skuad senior Stephen Van Huizen yang rebah dua kali pada suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia ketika bertemu Sri Lanka serta di separuh akhir bertemu Mesir.

“Secara peribadi saya sukakan pemain ini. Saya minta Joel diperiksa betul-betul tahap kesihatann­ya kerana tidak mahu kami dipersalah­kan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Kemuncak kepada keputusan Soon Kooi untuk meletak jawatan adalah apabila beliau kecewa dengan perlantika­n Paul Lissek sebagai perunding kepada pasukan hoki dewan negara untuk persiapan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

“Pada mulanya saya minta Walsh untuk mencuba Lissek selama beberapa hari dengan menawarkan gaji minimum. Tapi selepas tiga minggu, baru saya tahu Lissek dibayar enam kali ganda lebih banyak berbanding sepatutnya.

“Saya tidak tahu semua perkara ini dan atas faktor itu saya ambil keputusan untuk meletak jawatan selain masalah kesihatan yang saya alami,” katanya.

Bekas pemain negara Soon Mustafa dilantik menggantik­an tempat Soon Kooi sebagai Pengerusi Kejurulati­han yang baru minggu lalu.

 ?? Ow Soon Kooi ?? SOON Koi ketika sidang media di Wisma KOM, semalam. Saya ambil keputusan untuk meletak jawatan selain masalah kesihatan yang saya alami”
Ow Soon Kooi SOON Koi ketika sidang media di Wisma KOM, semalam. Saya ambil keputusan untuk meletak jawatan selain masalah kesihatan yang saya alami”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia