Harian Metro

Hee Ying buru pingat

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

Kuala Lumpur: Persiapan jangka panjang mungkin menjadi kunci kejayaan pasukan golf wanita menjulang pingat yang lebih baik selepas terlepas gangsa Sukan SEA 2015.

Bagi Loy Hee Ying, 20, edisi tahun ini amat penting buat pasukan yang berlatih sejak Januari di bawah kendalian jurulatih dan pengurus pasukan, Lim Ai Lin.

“Saya fikir ia sudah begitu hampir, tapi kami semakin baik dan persediaan tahun ini jauh lebih baik daripada Sukan SEA sebelum ini jadi kami mengharapk­an keputusan yang positif.”

Hee Ying, yang bermain golf di Amerika Syarikat sejak dua tahun lalu kerana dia seorang pelajar dan juga atlet di Universiti East Tennessee State mengakui pendedahan dimilikiny­a akan membantu Malaysia mencatat keputusan lebih baik tahun ini.

“Saya mempamerka­n peningkata­n sejak dua tahun lalu kerana beraksi dalam suasana berbeza dengan pendedahan berlainan sejak dua tahun lalu.

“Berbekal pengalaman bermain golf sebelum ke Amerika Syarikat dan beraksi dalam beberapa kejohanan, boleh dikatakan persediaan saya ke Sukan SEA jauh lebih baik kerana kami dapat bermain di lapangan sendiri dan ia jelas memberi kelebihan berbanding pemain lain.”

Acara golf bakal dipertandi­ngkan di Mines Resort and Golf Club, lapangan sama yang pernah menyaksika­n Tiger Woods beraksi pada 1991 dan 2002. Lantaran mereka berlatih di lapangan itu sejak akhir tahun lalu, Hee Ying yakin kemampuan Malaysia meraih pingat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia