Harian Metro

SANCHEZ KEMBALI

- AFP

London

Alexis Sanchez akhirnya kembali turun menjalani latihan bersama Arsenal kelmarin di sebalik spekulasi kuat penyerang Chile itu mahu meninggalk­an Gunners.

Sanchez terlepas jelajah pramusim Arsenal ke Australia dan China selain pertanding­an Piala Emirates hujung minggu lalu, ketika dia berehat selepas tugasan antarabang­sa pada Piala Konfederas­i.

Pemain berusia 28 tahun itu dijangka meneruskan latihan bersama rakan sepasukan Arsenal Ahad lalu, namun dia tidak mampu meneruskan penerbanga­n pulang ke London hingga kelmarin selepas mengalami selesema.

Sesetengah penyokong Arsenal yang sinis bimbang alasan kesihatan Sanchez hanya menjarakka­nnya dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu ketika dia menimbang sama ada mahu meminta untuk berpindah.

Sanchez berada dalam tahun terakhir kontraknya bersama Arsenal dan keputusann­ya tidak menerima tawaran bos Arsene Wenger bagi perjanjian baru lebih lumayan mencetus minat Manchester City, Chelsea, Paris Saint-Germain, Bayern Munich dan Juventus.

Ketika juara Piala FA, Arsenal bertemu juara liga Chelsea pada aksi Perisai Komuniti di Wembley Ahad ini, Sanchez kini menyertai rakan sepasukann­ya di pangkalan latihan mereka London Colney.

Hanya beberapa jam selepas mengepos gambar dalam media sosial mengenai dirinya dan anjingnya bersebelah­an jet peribadi, Sanchez menambah gambar dia berlari dan menulis: “Kembali berlatih.”

Bercakap hujung minggu lalu, Wenger menyatakan beliau akan memeriksa tahap kecergasan Sanchez sebelum memutuskan sama ada menyenarai­kan bekas bintang

 Penyerang itu mula jalani latihan di Colney selepas habis cuti

Barcelona

Chelsea.

Sanchez dijangka kembali bersama pemain Arsenal pada sesi latihan terbuka di

itu

menentang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia