Harian Metro

Sturridge cedera lagi

-

Stadium Emirates, hari ini.

Arsenal memulakan kempen Liga Perdana menentang Leicester City pada 11 Ogos ini. Munich: Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge

dikeluarka­n kerana kecederaan paha ketika kelab Liga Perdana itu menewaskan Bayern Munich 3-0 pada aksi persahabat­an pramusim Piala Audi, awal pagi semalam.

Sturridge, yang mana kariernya sering dibelenggu kecederaan dalam tiga musim terakhir, menjaringk­an gol ketiga Liverpool namun terhincut-hincut dan digantikan pada minit ke-87.

“Dia mengalami kecederaan paha. Dia sudah bersiap sedia dengan baik, terlalu bagus, jadi saya harap ini hanya satu kecederaan kecil dan dia boleh bermain semula secepat mungkin,” kata pengurus Liverpool, Juergen Klopp. “Gol itu hebat dan dia mempunyai peluang sebelumnya. Anda boleh lihat betapa pantasnya dia.

“Ia menyedihka­n dan saya harap ia tidak serius.”

Sadio Mane dan Mohamed Salah turut menjaringk­an gol buat Liverpool, yang membuka tirai kempen Liga Perdana di Watford pada 12 Ogos ini.

Mane memecah kebuntuan pada minit keenam berikutan larian pantas Roberto Firmino.

Penyerang Senegal itu kemudianny­a menjadi pencetus gol apabila dia mengumpan bola kepada Alberto Moreno dan sekalipun percubaan pemain itu diselamatk­an, Salah berjaya menampan masuk dari jarak dekat.

Bayern kurang menyengat di depan sekalipun lebih mendominas­i dan mereka terperangk­ap dengan serangan balas pantas apabila Sturridge meluru untuk menambah gol ketiga sebelum terhincut-hincut.

Kecederaan mengehadka­n penampilan Sturridge kepada 46 aksi liga dalam tiga musim terakhir.

Liverpool yang kekal tanpa kalah ketika kempen pramusim, bertemu Atletico Madrid pada final Piala Audi lewat malam tadi sebelum aksi terakhir persahabat­an musim panas menentang Athletic Bilbao di Dublin, Sabtu ini. - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia