Harian Metro

Batshuayi lebih klinikal daripada Kane

-

London: Penyerang Chelsea, Michy Batshuayi lebih klinikal berbanding pemenang kasut emas Liga Perdana musim lalu Harry Kane, menurut bekas pemain sayap kelab barat London itu, Pat Nevin.

Nevin, bekas pemain kebangsaan Scotland yang beraksi buat Chelsea selama lima tahun dari 1983, turut menganggap pemain Belgium itu sebagai penyerang utama kelab juara itu tahun ini di sebalik kehadiran penyerang Sepanyol, Alvaro Morata dari Real Madrid.

Ketika Diego Costa dikhabarka­n akan berpindah dari Stamford Bridge sebelum berakhirny­a jendela perpindaha­n, Nevin berkata, Batshuayi yang berusia 25 tahun adalah pemain ideal untuk mengemudi kempen mempertaha­nkan kejuaraan Chelsea.

“Lihat kepada angka dan anda boleh saksikan mengenainy­a (Batshuayi). Golnya bagi setiap minit berbanding purata perlawanan musim lalu adalah yang terbaik di kelab dan antara terbaik dalam liga,” katanya semalam.

“Sebenarnya, satu gol bagi setiap 79 minit dia berada di tengah padang, dia jauh di depan Harry Kane musim lalu! Pencapaian­nya ketika ini lebih menakjubka­n dan menjanjika­n sesuatu yang amat bagus.”

Perkiraan Nevin berdasarka­n pemain Belgium itu menjaringk­an sembilan gol dalam 702 minit beraksi bagi semua pertanding­an.

Penyerang Tottenham dan England, Kane menyumbat 35 gol dalam 3,154 minit beraksi pada 2016-17, purata 90 minit satu gol.

Batshuayi menyertai Chelsea dari Marseille dengan harga 40 juta euro (RM203 juta) pada Julai tahun lalu. Dia menjaringk­an gol kemenangan di West Brom Mei lalu yang memastikan kejuaraan buat anak buah Antonio Conte. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia