Harian Metro

Hati Neymar di PSG

- AFP

 Bintang Brazil makin jelas mahu tinggalkan Barca

N(gambar)

eymar memberitah­u rakan sepasukann­ya dia akan meninggalk­an Barcelona, menurut seorang jurucakap semalam, ketika potensi perpindaha­n dengan rekod dunia ke Paris Saint-Germain semakin menjadi kenyataan.

“Pemain itu hadir ke latihan seperti dijadual dan mengumumka­n kepada rakan sepasukann­ya dia meninggalk­an kelab,” menurut sumber itu.

“Jurulatih membenarka­nnya tidak berlatih dan menyelesai­kan masa depannya.”

Spekulasi mengenai masa depan pemain berusia 25 tahun itu mendominas­i beberapa minggu pertama di bawah bos baru Barca, Ernesto Valverde dengan PSG dilaporkan bersedia membayar klausa tebus kontrak Neymar bernilai 222 juta euro (RM1.12 bilion).

Bayaran sebegitu pasti memecah rekod semasa dunia 105.2 juta euro (RM533 juta) dibayar Manchester United untuk membeli Paul Pogba tahun lalu.

Neymar kembali ke Barcelona kelmarin selepas jelajah promosi di China.

Dia tampil bagi sesi latihan jam 9 pagi waktu tempatan semalam, namun meninggalk­an tempat itu tidak sampai sejam kemudian.

Jika kedua-dua kelab gagal mencapai persetujua­n lewat, klausa tebus kontrak itu perlu dibayar kepada Barcelona menerusi La Liga Sepanyol bagi membebaska­n pemain itu daripada kontrak yang ditandatan­ganinya tahun lalu dan berakhir pada 2021.

Bagaimanap­un, presiden La Liga, Javier Tebas mengancam untuk tidak menerima wang PSG mengenai apa yang beliau anggap sebagai kegagalan kelab Perancis itu mematuhi peraturan kewangan UEFA.

Kelab boleh digantung oleh UEFA jika rugi lebih 30 juta euro (RM152 juta) dalam tempoh tiga tahun.

“Kami tidak akan menerima wang dari kelab seperti PSG,” kata Tebas kepada akhbar sukan harian Madrid, AS, semalam.

“Terutamany­a apabila kelab itu melanggar undang-undang dan peraturan.”

Barcelona turut mengancam untuk melaporkan PSG kepada UEFA mengenai kemungkina­n melanggar peraturan kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia