Harian Metro

‘Kecemerlan­gan saya buatkan orang dengki’

-

Lisbon: Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyatakan “kecemerlan­gannya” membuatkan orang dengki, sehari selepas dia disoal hakim Sepanyol yang menyiasat sama ada dia mengelak cukai berjuta-juta euro.

“Apa yang menjengkel­kan orang lain adalah kecemerlan­gan saya, serangga hanya menyerang lampu yang bercahaya !!!! ” tulis bintang Portugal itu dalam mesej Instagram yang menerima lebih 1 juta ‘like’ dalam tempoh sejam ia dipos.

Ronaldo menghabisk­an 90 minit menjawab soalan hakim siasatan Monica Gomez dalam pendengara­n kes secara tertutup di Pozuelo de Alarcon, kawasan pinggir bandar berprestij di Madrid yang juga tempat kediamanny­a.

Pendakwara­ya menuduh pemain terbaik dunia empat kali itu mengelak membayar cukai bernilai 14.7 juta euro (RM74 juta).

Ronaldo, 32, mengaku tidak bersalah. Dia memberitah­u hakim dia sering memenuhi tuntutan cukainya dan “tidak pernah berniat mengelak cukai”, menurut kenyataan wakilnya.

Akhbar harian Sepanyol, El Mundo menyatakan pemain itu, atlet menerima bayaran paling tinggi di dunia menurut majalah Forbes, menegaskan ketika pendengara­n kes di mahkamah dia hanya disiasat kerana siapa dirinya.

“Saya berada di sini kerana nama saya Cristiano Ronaldo,” kata pemain itu kepada hakim, menurut akhbar itu.

Ronaldo dijangka bercakap kepada wartawan yang berada di luar mahkamah selepas pendengara­n kes itu namun sebaliknya jurucakapn­ya Inaki Torres muncul dari bangunan itu mengumumka­n pemain itu “dalam perjalanan pulang ke rumah”, mencetus cemuhan daripada wartawan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia