Harian Metro

Kembalikan prestij Piala Malaysia

- Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Irfan kesal jadual padat paksa pasukan bertanding korban trofi kejohanan utama itu

Johor Darul Ta’zim.

Negeri Sembilan yang menurunkan enam pemain Piala Presiden dalam skuad mereka tewas 1-4 kepada T-Team, tetapi nasib Kuala Lumpur jauh lebih baik tewas hanya 0-2 kepada Perak di Ipoh.

PKNP menjadi satu-satunya pasukan yang layak ke Piala Malaysia.

“Saya merehatkan Firdaus Faudzi, Ismail Faruqi Asha’ri, Azi Shahril Azmi dan Kipre Tchetche menentang Johor DT kerana tidak berpeluang menyertai lapan pasukan terakhir,” kata Irfan.

“Saya tidak mahu mengambil risiko berdepan kecederaan pemain utama menjelang aksi Liga Perdana menentang Kuantan Jumaat ini.

“Begitu juga dengan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan PKNP. Mereka juga merehatkan pemain utama memandangk­an kesemua empat pasukan fokus untuk menjadi dua pasukan teratas Liga Perdana untuk ke Liga Super.”

Menurut Irfan jadual padat menjadi punca pasukan terpaksa mengorbank­an kempen Piala Malaysia.

“Jadual terlalu padat, ia jauh lebih baik sebelum ini. Piala Malaysia sepatutnya diadakan selepas Liga Super dan Liga Perdana,” kata Irfan.

“Piala Malaysia pernah menjadi kejohanan paling kompetitif dalam negara di mana semua pasukan tidak sabar menantinya, tetapi ia hanya menjadi perlawanan selingan.”

 ??  ?? SATHIANATH­AN
SATHIANATH­AN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia