Harian Metro

‘Ambil iktibar isu tunggakan gaji’

-

Kuala Lumpur: Kemelut tunggakan baki gaji lima bekas jurulatih kebangsaan sepatutnya menjadi pengajaran berguna buat pengurusan pasukan bola sepak tempatan agar masalah sama tidak berulang

demi ma- ruah sukan itu.

Itu harapan yang disandarka­n Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an selepas isu pampasan gaji membabitka­n lima jurulatih berjaya diselesaik­an Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Isnin lalu.

Beliau berharap, selepas ini tiada lagi mana-mana kelab atau persatuan bola sepak negeri memandang remeh isu gaji jurulatih.

“Terima kasih kepada Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berjaya menyelesai­kan kemelut

tunggakan gaji bekas jurulatih itu tanpa perlu diheret lebih panjang lagi.

“Paling penting saya tidak mahu ada mana-mana pihak memandang remeh isu membabitka­n gaji jurulatih.

“Ini salah satu contoh pengurusan baik yang berani menyelesai­kan masalah sendiri dan tidak lari daripada tanggungja­wab.

“Sebagai badan induk yang mentadbir bola sepak negara, kami sentiasa menghormat­i FAM dan berharap pengurusan kelab dan pasukan negeri juga akan mengikut jejak badan induk itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, isu tuntutan baki gaji lima bekas jurulatih yang dipecat pada Mac lalu berjaya diselesaik­an menerusi perjumpaan khas bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM di Kelana Jaya.

Lima jurulatih terbabit ialah bekas penolong jurulatih skuad senior, Hassan Sazali Mohd Waras, bekas jurulatih kecergasan skuad senior, Reuben Jude, bekas penolong jurulatih B-22, Aminuddin Hussin, bekas jurulatih penjaga gol B-22, Megat Amir Faizal Ibrahim dan bekas jurulatih kecergasan B-22, Mashidee Sulaiman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia