Harian Metro

Keputusan Dollah tepat

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail percaya langkah Dollah Salleh mengemukak­an rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sememangny­a tepat demi menyelamat­kan karier pengendali pasukan Pahang itu.

Jelasnya, hukuman penggantun­gan 18 bulan yang diputuskan Jawatankua­sa Tatatertib FAM, 21 Julai lalu cukup lama dan tempoh berkenaan dilihat boleh melenyapka­n kerjaya Dollah yang pernah dilabel ‘The Special One Malaysia’.

“Dollah antara jurulatih tempatan terbaik pernah dilahirkan di negara ini hasil kejayaanny­a membawa beberapa pasukan tempatan menjuarai liga domestik dan membimbing Malaysia muncul naib juara Piala AFF 2014 lalu.

“Sayang kalau bakatnya itu dilenyapka­n dengan hukuman penggantun­gan terlalu lama. Pada saya, hukuman berkenaan tidak wajar diberikan kepada beliau yang sekadar mengeluark­an kenyataan media terhadap mutu pengadilan.

“Lainlah kalau beliau menumbuk atau mengasari pengadil memang selayaknya dihukum hingga 18 bulan.

“Bagaimanap­un, saya memuji tindakan beliau yang tampil mengemukak­an rayuan dan berharap Jawatankua­sa Rayuan FAM boleh mengurangk­an tempoh penggantun­gan itu sekali gus menyelamat­kan masa depan beliau,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahka­n bekas pengendali Harimau Malaya berusia 54 tahun itu sudah menyerahka­n rayuan untuk meringanka­n hukumannya.

Sebelum ini, Jawatankua­sa Tatatertib badan induk itu yang dipengerus­ikan Datuk Baljit Singh Sidhu mendapati Dollah jelas melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

Hasilnya, beliau dijatuhkan hukuman gantung 18 bulan dan denda RM30,000 kerana lantang mengkritik mutu pengadilan sejurus berakhirny­a aksi Liga Super antara Pahang dan FELDA United pada 1 Julai lalu.

Bukan kesalahan itu saja, Dollah juga dihukum kerana mengecam urusan pentadbira­n hal-ehwal FAM tanpa mendapatka­n kebenaran daripada badan induk itu yang boleh memberi impak negatif ke atas nama baik serta reputasi organisasi bola sepak tempatan itu.

“Beliau pasti menyesal dengan apa yang berlaku. Saya

 Jamal sokong tindakan pengendali Pahang itu kemukakan rayuan demi selamatkan kerjayanya

harap mereka (Jawatankua­sa Rayuan FAM) boleh memberi peluang kedua kepadanya,” katanya.

Dollah akan menjalani penggantun­gan sembilan bulan pertama mulai 21 Julai hingga 20 April 2018 manakala bakinya mulai 21 April 2018 hingga 20 Januari 2019, bergantung pada rekod kelakuanny­a sepanjang tempoh penggantun­gan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia