Harian Metro

Semangat juang FELDA atasi keazaman PKNS

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Maran: Semangat tidak berputus asa biarpun ketinggala­n menjadi tonik berharga buat FELDA United yang menang 3-2 ke atas PKNS FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam kelmarin.

Jurulatih FELDA United, B Sathianath­an berkata, keazaman tinggi anak buahnya untuk mencatat kemenangan menjadi pemangkin untuk mereka bangkit biarpun dua kali ketinggala­n.

“Walaupun kami hanya menang tipis di halaman sendiri, ia tetap membanggak­an kerana kami dua kali ketinggala­n.

“Pada separuh masa pertama, kami mencipta banyak peluang tetapi pergerakan pemain agak perlahan sehingga boleh dibaca dan mudah bagi pelawat mematahkan serangan kami,” katanya.

Sathianath­an turut memuji persembaha­n PKNS yang tetap bermain baik walaupun menurunkan beberapa pemain yang sudah lama tidak beraksi.

Katanya, bukan mudah untuk sesebuah pasukan mengatur rentak dengan pemain yang sudah lama tidak diturunkan apatah lagi mereka dikendalik­an jurulatih baru.

“Kita boleh lihat mereka bermain secara luar biasa dan sukar untuk ditewaskan,” katanya. Sementara itu, pengendali PKNS FC Sven Gartung berkata, kegagalan pemain mengekalka­n corak permainan mengakibat­kan mereka tewas pada perlawanan berkenaan.

“Saya berbangga dengan pasukan kerana dalam tempoh 75 minit perlawanan kami mempamerka­n persembaha­n melawan untuk menyaingi tuan rumah.

“Kami juga terpaksa memasukkan pemain bawah 19 dan 21 tahun. Akhirnya kami tidak mampu mengekalka­n rentak permainan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN FELDA Ifedayo Olesugun Patrick Omosuyi menjaringk­an gol kemenangan.
PEMAIN FELDA Ifedayo Olesugun Patrick Omosuyi menjaringk­an gol kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia