Harian Metro

Johor DT tak gusar

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

 Tiga pemain sedia ambil tugas Antonio untuk harungi baki aksi

Pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Ulisses Morais tidak gusar kehilangan Marcos Antonio apabila menyifatka­n ketiadaan pemain itu bukan masalah besar baginya bagi mengharung­i baki Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Morais berkata, Antonio terpaksa diketepika­n selepas mengalami kecederaan dan kini beliau terpaksa mempertaru­hkan Mohd Fadhli Shas, Junior Eldstal dan Aidil Zafuan Abd Radzak untuk mengemudi benteng Johor DT.

Setakat ini, pengendali dari Portugal itu berpuas hati dengan komitmen ketiga-tiga pemain berkenaan yang berjaya membentuk persefaham­an baik ketika menentang Sarawak, Sabtu lalu dan Terengganu, kelmarin.

“Prestasi ditunjukka­n ketiga-tiga pemain itu membuatkan saya optimis tidak berdepan masalah mencari kombinasi terbaik sebagai persiapan aksi seterusnya,” katanya.

Sementara itu, kekalahan kepada Johor DT mengejutka­n pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim.

Beliau berkata, walaupun Terengganu dibarisi pemain simpanan, tidak wajar mereka tewas dengan gol banyak dan sepatutnya pemain mampu memberi tentangan dan cuba menyekat setiap asakan Johor DT.

“Agak mengejutka­n juga apabila tewas dengan jaringan besar. Kami tidak sepatutnya memberi ruang kepada Johor DT menjaringk­an gol, malah pemain saya bagaikan tidak berusaha menyekat serangan lawan,” katanya.

 ??  ?? AIDIL Zafuan (kiri) kemudi benteng Harimau Selatan.
AIDIL Zafuan (kiri) kemudi benteng Harimau Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia