Harian Metro

‘Lepas ni tak lagi’

Ungku Ismail langgar prinsip demi penuhi karakter dalam drama bersiri Dendam Aurora

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Apabila meneliti skrip memang banyak adegan intim perlu saya lakukan namun masih menjaga batasan dan sesuai dengan tontonan masyarakat kita

Ungku Ismail

Jika sebelum ini pelakon Ungku Ismail Aziz enggan bersentuha­n dengan pelakon wanita apabila berlakon, menerusi drama bersiri Dendam Aurora dia terpaksa melanggar prinsip itu.

Ungku Ismail berkata, semua itu terpaksa dilakukan demi memenuhi tuntutan karakterny­a dalam drama bersiri 100 episod itu.

Dia yang memegang watak utama berganding­an dengan pelakon hebat, Nabila Huda.

“Memang selama ini saya elak babak bersentuha­n dan berpeluk kerana bagi saya ia tidak perlu. Cukuplah sekadar menunjukka­n reaksi mesra saja.

“Bagaimanap­un, untuk drama ini, saya terpaksa kerana kisahnya berbeza daripada drama yang pernah saya lakonkan.

“Malah apabila meneliti skrip memang banyak adegan intim perlu saya lakukan namun masih menjaga batasan dan sesuai dengan tontonan masyarakat kita,” katanya.

Ungku Ismail berkata, dia masih akan mengekalka­n prinsip tidak mahu bersentuha­n dengan pelakon wanita selepas ini.

Dendam Aurora adalah telenovela adaptasi dari Itali yang berjudul Tuscan Passion. Drama itu diarahkan Feroz Kader dan Riza Baharudin.

Ditayangka­n di saluran Astro Prima dan Maya HD, siri yang turut dibintangi Anzalna Nasir, Mia Nasir, Shah Iskandar dan Octavia Manrose itu sudah menemui penonton sejak 25 Julai lalu.

Berkongsi keserasian­nya dengan Nabila menerusi drama ini, Ungku Ismail berkata, tiada istilah perlu bercinta bagi mendapatka­n keserasian.

“Selain bakat, keserasian sangat penting. Jika keduaduany­a ada, pasti gandingan itu berjaya.

“Saya dan Nabila sudah lama kenal. Jadi, mudah untuk kami berbincang dan mendapatka­n ‘mood’,” katanya

 ?? FOTO AZIAH AZMEE ??
FOTO AZIAH AZMEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia