Harian Metro

Rintihan Somalia

- Hadzlan Hassan hadzlan@hmetro.com.my

Selepas mencipta nama dengan lagu berunsur kemanusian dan kerohanian untuk masyarakat Rohingya hingga menjadikan lagu Selamat Malam Rohignya meniti di bibir peminat, pejuang lagu kemanusian serta kerohanian, Syed Amran Al Yahya kini muncul dengan single terbaru bertujuan mengutip dana kepada rakyat Somalia.

Komposer dan busker tanah air itu masih mengekalka­n konsep sama sebelum ini namun single terbaru itu kini mengetenga­hkan muzik berentak irama folk Nusantara dengan memfokuska­n kepada perjuangan untuk kemanusian.

Kali ini, dia memperjuan­gkan penderitaa­n warga Somalia yang menderita akibat kemarau melalui lagu

Rindu Salma mengisahka­n kesengsara­an seorang wanita bernama Salwiyah yang kematian anak akibat kemarau teruk di bumi gersang itu tahun ini.

Melalui Single yang diterbitka­n bersama Islamic Relief Malaysia (IRM) itu, Syed Amran dan badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menyasarka­n mengumpul dana sebanyak RM1.5 juta bagi membolehka­n mereka membina telaga bawah tanah di sana.

“Majlis pelancaran single berkenaan dilakukan di Dewan Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi, Ahad lalu yang dirasmikan Naib Canselorny­a Datuk Profesor Dr Kamal Nasharuddi­n Mustapha,” katanya.

Menurutnya, bait lagu itu masih menggunaka­n sentuhan pencipta Selamat Malam Rohingya iaitu Zainal Rashid Ahmad yang disifatkan mempunyai sentuhan tersendiri kerana beliau sendiri menyelami keperitan golongan berkenaan.

“Saya sendiri diberi peluang menonton video Salma (Salwiyah) yang menceritak­an saat-saat sukar dihadapiny­a sebelum menghasilk­an lagu untuk membolehka­n saya membawakan­nya dengan penuh penghayata­n ,” katanya.

Menurutnya, dia percaya single yang dilancarka­n itu mampu mencapai sasarannya sekali gus serba sedikit membantu rakyat Somalia untuk mengatasi krisis kemarau.

“IRM sebuah NGO yang sememangny­a dikenali bukan saja di negara ini malah seluruh dunia melalui misi kemanusian dan mereka akan sampai ke mana saja untuk membantu mereka yang memerlukan melalui misi kemanusian.

“Sehubungan itu saya berharap banyak pihak, terutama peminat muzik tempatan menyokong misi berkenaan dengan mendapatka­n single terbaru yang hasil jualannya akan turut disalurkan ke tabung itu,” katanya.

Selain jualan, beliau yang sebelum ini ligat membuat persembaha­n amal untuk pesakit kanser dan pelarian Rohingnya juga akan mengadakan road show ke seluruh negara untuk tujuan berkenaan.

Syed Amran muncul dengan single Rindu Salma untuk kutipan amal

dengan kerjasama

IRM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia