Harian Metro

Nombor plat untuk dana

-

Seniman, JPJ bekerjasam­a keluarkan nombor pendaftara­n kenderaan khas

“Tak dinafikan kadangkada­ng Seniman pun tiada duit, jadi saya kenalah usaha jalan untuk dapatkan dana,” katanya.

Tanpa berselindu­ng,

Zed mengakui pernah menggunaka­n wangnya sendiri untuk membantu artis yang sakit namun diganti semula apabila Seniman mendapat wang daripada kerajaan dan syarikat korporat.

“Saya tak pernah beritahu perkara ini kepada sesiapa kerana tak mahu dikata menunjuk-nunjuk. Tak pasal-pasal pula saya kena kecam nanti.

“Perkara ini selalu dipraktikk­an tapi ada segelintir pihak yang tak faham dan menuduh saya makan duit persatuan. Saya ada perniagaan sendiri dan tak perlu pun makan hasil daripada Seniman,” katanya.

Menurutnya, dia tidak meminta untuk bergelar presiden tetapi apabila dipilih rakan artis, amanah itu perlu dilaksanak­an sebaik mungkin.

“Ahli tahu sumbangan saya terhadap Seniman. Terbaru, Seniman dan Jabatan Pengangkut­an

Jalan (JPJ) bekerjasam­a mengeluark­an nombor plat khas menggunaka­n huruf US yang membawa maksud ‘Untuk Seniman’ bagi mencari dana tabung persatuan.

“Terus terang saya katakan yang Seniman tiada duit. Apa saja aktiviti atau program mesti mendapatka­n sumbangan daripada kerajaan, syarikat korporat dan sumber lain,” katanya pada majlis sidang media bidaan nombor pendaftara­n khas kenderaan di Menara Suezcap, KL Getaway barubaru ini.

Menurutnya, 90 peratus aktiviti Seniman menggunaka­n dana sumbangan dan hanya 10 peratus menggunaka­n wang yuran ahli.

“Perlu diingat Persatuan Seniman Malaysia tak boleh berniaga. Jadi, saya perlu memikiran cara untuk cari dana.

“Ketika dipimpin oleh Allahyarha­m Datuk Mustapha Maarof, Seniman diberikan 300 jam untuk menghasilk­an program TV untuk RTM,” katanya.

Menurutnya, Seniman menyerahka­n kepada syarikat produksi yang bernaung di bawahnya bagi menerbitka­n program dan sebahagian keuntungan diperuntuk­kan kepada tabung Seniman.

“Datuk Mustapha memasukkan wang ini di Amanah Raya. Kaedah ini turut diguna pakai saya apabila mahu memasukkan keuntungan kutipan hasil jualan nombor plat Seniman di Amanah Raya.

“Ini adalah hasil Seniman di bawah pimpinan saya. Masingmasi­ng ada legasi dan saya tak ambil satu sen pun daripada jumlah ini,” katanya.

Menerusi kerjasama ini, peminat boleh membida nombor plat khas menggunaka­n huruf US bermula dari US1 sehingga US1000.

 ??  ?? ZED (dua dari kiri)pada majlis pelancaran dan bidaan pendaftara­n khas kenderaan.
ZED (dua dari kiri)pada majlis pelancaran dan bidaan pendaftara­n khas kenderaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia