Harian Metro

DEBARAN WAN RAJA

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Tak sabar nanti reaksi peminat terhadap aksinya dalam filem Balun

Filem Balun arahan Bob Singah akhirnya bakal menemui penonton di pawagam pada 17 Ogos ini selepas hampir lima tahun tertangguh tayanganny­a.

Pun begitu, pelakon Wan Raja dan Reen Rahim enggan meletakkan kesalahan itu terhadap pihak produksi sebaliknya bersyukur naskhah itu akhirnya ke layar perak.

Mengimbau kembali kenangan berlakon dalam filem itu, Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar mengikuti kelas silat sebagai persediaan babak pertarunga­n.

“Dalam filem ini, dialog saya kurang dan banyak melakukan aksi. Menarik mengenai Balun, karakter bertarung dengan bersilat dan bukan seperti pergaduhan yang biasa ditonton dalam filem.

“Mujur saya sudah mempunyai kemahiran asas silat dan beberapa seni pertahanan diri lain,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, baru-baru ini.

Namun begitu, Wan Raja mengakui babak bertarung mencabarka­n apabila memasuki set penggambar­an atas beberapa faktor.

“Kami terpaksa mengubah koreografi dan pelakon membuat aksi mengikuti kemahiran masing-masing.

“Saya banyak bertarung dengan Izara Aishah dan Beto Kusyairy. Filem ini turut memaparkan perebutan kawasan di antara kumpulan gengster,” katanya.

Menurut pelakon ini, dia turut diberi kepercayaa­n sepenuhnya oleh pengarah untuk bebas mencorakka­n sendiri dialog asalkan sesuai dengan situasi.

“Saya berpuas hati berlakon dalam filem ini kerana diberi peluang untuk menjiwai watak. Selain menjalani latihan silat, saya juga menonton beberapa filem seperti American Gangster dan penjahat Joker sebagai sumber rujukan.

“Ini kerana watak saya banyak menimbulka­n provokasi dan walaupun nyawa di hujung tanduk masih mampu ketawa,” katanya.

Wan Raja turut mengakui gementar menanti maklum balas penonton terhadap filem mengetenga­hkan jalan cerita berbeza dan aksi silat.

“Walaupun Balun sudah lama disiapkan, saya berharap penonton dapat menerimany­a dengan baik,” katanya.

Bagi Reen pula, Balun filem pertama lakonannya selepas menjuarai program realiti Pilih Kasih musim ketiga.

“Walaupun watak sampingan, saya berpuas hati kerana sudah memberi yang terbaik kerana ketika itu baru menceburi bidang seni,” katanya

Menurutnya, dulu dia kecewa apabila diberitahu Balum lambat keluar tetapi sekarang lega dan gembira.

“Saya ia turut dikehendak­i menguasai kemahiran bersilat seperti pelakon lain, menunggang motosikal berkuasa tinggi dan belajar menembak menggunaka­n pistol,” katanya.

Filem ini turut dibintangi Namron, Datuk Eizlan Yusof dan Allahyarha­m Datuk Aziz Singah.

 ??  ?? Menarik mengenai Balun, karakter bertarung dengan bersilat dan bukan seperti pergaduhan yang biasa ditonton dalam filem
Menarik mengenai Balun, karakter bertarung dengan bersilat dan bukan seperti pergaduhan yang biasa ditonton dalam filem

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia