Harian Metro

KISAH HITAM PATTINSON

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Pendedahan Robert Pattinson hampir dipecat produksi kerana bersikap terlalu serius ketika penggambar­an filem pertama Twilight pasti mengejutka­n peminat siri popular itu.

Pelakon kelahiran London itu menjadi buruan ramai wanita selepas membintang­i watak puntianak bernama Edward Cullen dalam siri adaptasi novel Twilight dari 2008 hingga 2012.

“Ketika itu saya berusia 21 tahun. Saya terfikir apabila bercinta dengan seseorang, cara terbaik untuk menampakka­n hubungan itu serius adalah jarang bercakap dan kurang bersentuha­n dengan pasangan. Selain itu, perlu berkelakua­n serius sepanjang masa,” katanya dalam program Stern’s Sirius XM, baru-baru ini.

Dalam filem fantasi itu, Edward bercinta dengan

Bella Swan lakonan Kristen Stewart dan pasangan itu berkahwin sejurus selepas gadis itu tamat sekolah menengah.

Pattinson, 31, menjelaska­n dia teringat lakonan seperti itu bagi memberi gambaran situasi remaja bercinta, namun ternyata percaturan­nya salah.

“Semua orang di studio memberitah­u watak saya perlu nampak bahagia dan berseronok bersama kekasih kerana percintaan seperti itu yang penonton mahukan,” katanya.

Pelakon itu berkata, produser turut memberi dia novel Twilight sebagai sumber rujukan apabila setiap bahagian menceritak­an Edward senyum turut ditandakan.

“Pihak agensi memberi amaran supaya mengikut arahan sekiranya tidak mahu dipecat,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, bekas kekasih Kristen ini mendedahka­n pernah mencuri dan menjual majalah lucah kepada rakan sekolah.

Menurut Pattinson, setiap majalah itu dijual pada harga RM128, namun dibuang sekolah selepas rakannya membuat aduan kepada guru.

“Selalunya, saya mencuri satu atau dua naskhah majalah yang kemudian dimasukkan ke dalam beg. Disebabkan sikap sombong, saya kemudian mencuri semua majalah lucah yang ada di rak dan jual pada harga tinggi,” katanya.

 ??  ?? Selalunya, saya mencuri satu atau dua naskhah majalah yang kemudian dimasukkan ke dalam beg. Disebabkan sikap sombong, saya kemudian mencuri semua majalah lucah yang ada di rak dan jual pada harga tinggi
Selalunya, saya mencuri satu atau dua naskhah majalah yang kemudian dimasukkan ke dalam beg. Disebabkan sikap sombong, saya kemudian mencuri semua majalah lucah yang ada di rak dan jual pada harga tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia