Harian Metro

Aktiviti lasak mesra keluarga

- DARI MUKA 1

Itulah suasana pagi

Ahad yang penuh semangat kekeluarga­an yang dirasai penulis saat mengunjung­i Taman Cabaran Putrajaya, Presint 5, baru-baru ini.

Kunjungan atas tiket melakukan tugasan itu nyata cukup mengujakan penulis. Kagum melihat semangat kekeluarga­an setiap pengunjung yang datang.

Belum lagi semangat setia kawan pengunjung yang sama-sama berkayuh di dalam denai hutan. Walau ada yang tidak mengenali, dek minat yang sama, mereka boleh ‘sekepala’ sekali gus bersahabat.

Taman Cabaran

Putrajaya itu adalah fasiliti sukan lasak yang lengkap, terbaik dan terbesar di rantau Asia.

Berkeluasa­n 30.33 hektar, taman cabaran yang dibuka kepada orang ramai pada 2 Oktober 2009 ini adalah ‘one stop centre’ untuk aktiviti lasak dan terbahagi kepada dua iaitu Kompleks Sukan Luncur dan Kompleks Sukan Mendaki.

KOMPLEKS SUKAN LUNCUR

Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi, Kompleks Sukan Luncur ini menjadi tumpuan buat sang peminat sukan papan luncur, skuter, kasut roda dan berbasikal.

Kompleks sukan luncur ini adalah bangunan yang satu-satunya di Asia yang mempunyai elemen seni bina yang ‘skateable’ dan mengandung­i gelanggang sukan luncur sendiri seluas satu padang bola sepak.

Ia juga mengandung­i tiga kombinasi tiga lengkokan Bowl yang dikenali Hips, Spine dan Street Spine.

Semua elemen Street Obstacle gelanggang luncur ini diadaptasi dari Hubba Ledge Los Angeles, Handrail Hollywood High, Wallride Burnside, Portland Oregon.

Dengan itu, dapat melakukan pelbagai aksi meluncur yang terbaik dengan kemudahan yang tersedia.

Si kecil dengan skuter, berbasikal BMX atau bermain kasut roda juga boleh meluncur dengan baik di sini.

DENAI BASIKAL LASAK

Selain meluncur, bagi mereka yang ingin menguji ketangkasa­n dan mencabar diri, denai berbasikal lasak (Mountain Bike Trail) menanti mereka.

Dibuka kepada orang ramai seawal jam 7 pagi, denai ini dibina di puncak dan lereng bukit Taman Cabaran di kawasan hutan kebun getah dan kelapa sawit.

Panjang keseluruha­n denai adalah 9.1 kilometer dan mempunyai pelbagai jenis dan peringkat halangan seperti Core Trail Loop, XC Loop, Downhill, Downhill Fun Ride, Free Cross dan Slope Style Line.

Untuk Thrill Park, laman ini dibina berdekatan dengan gelanggang sukan luncur. Ia adalah pusat latihan basikal Dirt Jump yang sistematik di Asia bagi penggemar Mountain Bike dan BMX Dirt Jump.

Antara cabaran yang disediakan termasuk Pump Track, Dirt Jump With North Shore Element dan Slope

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia