Harian Metro

Promosi seni, budaya Malaysia

-

Pelantikan itu menjadikan si kembar ini sebagai duta pelanconga­n Malaysia yang ke-12, menyertai selebriti

Malaysia lain yang dilantik sebelumnya antaranya

Prof Datuk Dr Jimmy Choo, Yunalis Mat Zara’ai (Yuna) dan Datuk Ismail Ahmad (Cef Ismail).

Kerjasama antara MOTAC dan les’Copaque Production, pemegang harta intelek Upin & Ipin ini dilihat sebagai satu langkah bijak bagi mempromosi­kan kesenian dan kebudayaan Malaysia.

Menerusi siri animasi ini, selain berlatarbe­lakangkan suasana kampung, ia juga mendukung tema tradisi dan budaya Malaysia.

Upin, Ipin dan kawannya juga sering dilihat bermain permainan tradisiona­l Malaysia seperti kondakondi, galah panjang dan sepak takraw dalam siri animasi ini.

Aspek kesenian juga turut dipertonto­nkan dengan persembaha­n hebat boria, kompang dan wayang kulit yang pernah diketengah­kan dalam siri animasi ini.

Pelbagai makanan unik Malaysia turut dipaparkan seperti nasi lemak, ubi kayu, lemang periuk kera dan durian duri hitam.

Selain berjaya menambat hari penonton di dalam dan luar negara, Upin

& Ipin juga memenangi pelbagai anugerah dalam serta antarabang­sa. Ini mengukuhka­n kedudukan sebagai watak animasi paling ikonik di Malaysia.

Antara anugerah yang pernah dimenangi termasuk Power Brand Award (Asia Entreprene­us Summit), MNCTV Anugerah Kartun (MCBC Business Excellence Award) dan Watak

Animasi Tempatan Popular (Anugerah Bintang Popular).

Upin & Ipin juga mempunyai 12 juta ‘like’ di Facebook rasminya. Ia juga mempunyai lebih sejuta langganan dan satu bilion tontonan di siaran YouTube. - Suliati Asri

 ??  ?? KETUA Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia Datuk Ab Ghaffar A Tambi memegang sebahagian produk Upin & Ipin yang dijual di pasaran.
KETUA Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia Datuk Ab Ghaffar A Tambi memegang sebahagian produk Upin & Ipin yang dijual di pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia