Harian Metro

Kembalikan Nostalgia

-

bagi hampir setiap judul yang diterbitka­n pada masa lalu. Terbaru, Naughty Dog turut memikirkan idea itu bagi siri terulung mereka, Crash Bandicoot.

Namun, persoalann­ya, berbaloika­h permainan video klasik yang mengimbau zaman kanak-kanak ini berada dalam koleksi anda semua?

Crash Bandicoot N.Sane Trilogy merangkumi tiga judul asal yang pernah dikeluarka­n di Playstatio­n iaitu Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back dan Crash Bandicoot 3: Warped.

Boleh dikatakan, permainan 3 dalam 1 ini lengkap kerana semua elemen di dalamnya masih setia kepada versi asal tanpa perubahan drastik. ‘Levels’, antaramuka dan muzik masih sama seperti dulu.

Ia dimainkan daripada perspektif 3D sementara anda mengumpul kristal, membuka kotak, mengumpul buah Wumpa dan menumpaska­n ketua jahat merentasi pelbagai ‘level’ serta persekitar­an berbeza.

Melompat, berlari dan berpusing di sekeliling musuh kekal sama tapi kali ini, game ini memberikan pilihan kepada anda untuk bermain sebagai Coco, adik perempuan Crash. Coco mempunyai kemahiran serupa namun animasinya berlainan sedikit.

Perubahan untuk versi moden ini boleh dilihat dari segi grafiknya yang lebih cantik dan memukau dengan objek sekeliling seolah-olah hidup. Selain itu, ia disokong fungsi ‘auto-save’.

Bagaimanap­un, bagi versi baru ini, agak janggal bermain dalam resolusi HD dengan sudut kamera dan rekaan platform dulu kala.

Bagi peminat, ia berbaloi didapatkan namun bagi mereka yang baru mengenali francais ini, pastinya sedikit kecewa kerana terdapat beberapa isu yang masih kekal dalam versi asal.

Crash Bandicoot N.Sane Trilogy merangkumi 3 permainan klasik

dengan grafik lebih menawan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia