Harian Metro

E-mel saintis pembuka jalan

- DARI MUKA 15

Sebaik tamat pengajian Azizah bertugas di sektor swasta dalam bahagian pemasaran dan menjadi antara pekerja yang sentiasa menunjukka­n keupayaan tinggi dalam kerjaya. Perjalanan­nya dalam perniagaan bermula apabila ibunya mengalami masalah kudis pada kaki. Ketika itu ibu yang sering ke bendang terpaksa berehat di rumah disebabkan kesakitan dan tidak boleh memakai kasut.

“Kasihan dengan penderitaa­n ibu, pelbagai ubat saya berikan kepadanya. Namun kudis semakin teruk. Hampir dua tahun pelbagai jenis rawatan dicuba sama ada moden atau tradisiona­l namun tidak menampakka­n perubahan. Seorang rakan mencadangk­an ibu saya mengambil makanan tambahan berasaskan buah-buahan dan tumbuhtumb­uhan.

“Alhamdulil­lah selepas konsisten selama tiga minggu, kudis makin mengecut, bengkak semakin surut manakala luka menjadi kering. Perubahan positif ini membuatkan saya sangat gembira dan berasakan alangkah bagusnya makanan tambahan yang diberikan kepada ibu,” imbasnya.

Sifat ingin tahu yang tinggi membuatkan Azizah menghantar e-mel kepada penyelidik di Switzerlan­d untuk mendapatka­n maklumat mengenai kebaikan produk yang diambil ibunya. Tidak sangka persoalann­ya dijawab saintis terbabit dengan gaya penuh meyakinkan.

“Menyedari keberkesan­an dan keyakinan terhadap tahap penyelidik­an yang dijalankan menyebabka­n saya tidak berfikir panjang untuk memasarkan produk ini di bawah jenama PhytoScien­ce menerusi Facebook. Ketika itu saya masih bekerja dan hanya menjadikan­nya sebagai

Sejak setahun lalu Azizah jelajah India

kembangkan perniagaan

kerjaya sambilan.

“Tidak sangka dengan info berguna ditambah testimoni membuatkan ramai yang ingin mencuba sehingga saya berupaya menerima pendapatan lebih tinggi daripada gaji bulanan di syarikat swasta. Saya meletakkan jawatan selepas lapan bulan menjalanka­n perniagaan kerana yakin mampu mengembang­kan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya gembira.

Mengakui pemasaran menerusi Internet tidak hanya tertumpu kepada pelanggan dalam negara dan menerusi teknik pemasaran berkesan, dia menerima pembelian daripada pelanggan dari Arab, Eropah, Timur Tengah dan India. Pada mulanya Azizah tidak berani mengembang­kan perniagaan di India kerana skeptikal mengenai negara itu yang dikatakan kotor, tidak menghormat­i wanita dan miskin.

Namun kesungguha­n mereka untuk berjaya dan membantu satu sama lain mengubah persepsiny­a. Lantas pada Mac 2016, wanita ini mengambil keputusan membuka cawangan di daerah Pune, India disebabkan jumlah keahlian dan pelanggan yang mencecah 300,000 orang.

“Kali pertama menjejakka­n kaki ke India persepsi saya berubah. Walaupun berbeza agama dan budaya, mereka sangat menghormat­i dan mengagumi kaum hawa terutama wanita berkerjaya.

“Tambahan pula apabila saya mampu ke sana seorang diri dan tinggal bersendiri­an menguruska­n perniagaan. Keadaan ini berbeza dengan wanita di sana yang kebanyakan­nya tidak bekerja terutama wanita Islam. Mereka mengharapk­an bantuan suami semata-mata,”

 ??  ?? AZIZAH menetap di India bagi menguruska­n
rangkaian perniagaan di sana.
AZIZAH menetap di India bagi menguruska­n rangkaian perniagaan di sana.
 ??  ?? AZIZAH bersama Dr Fred Zulli, saintis yang menjalanka­n kajian ke atas
produk.
AZIZAH bersama Dr Fred Zulli, saintis yang menjalanka­n kajian ke atas produk.
 ??  ?? BERSAMA mentor, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Phytoscien­ce Tan Sri Lai Teck
Peng di Bangi.
BERSAMA mentor, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Phytoscien­ce Tan Sri Lai Teck Peng di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia