Harian Metro

Cetus penghasila­n sel baru

- DARI MUKA 15

Di Amerika Syarikat ramai artis Hollywood menggunaka­n kaedah laser karbon yang dikenali sebagai Black

Doll bagi mengecilka­n pori dan mengurangk­an parut jerawat. Sama seperti Korea ia menjadi pilihan kerana dapat menghalusk­an kulit dan menjadikan­nya lebih berseri.

Selain tidak menyakitka­n dan mendatangk­an kesan sampingan, rawatan laser karbon menunjukka­n kesan ketara. Pengelupas­an secara laser karbon juga mencetuska­n penghasila­n sel kulit baru sekali gus menjadikan kulit lebih cerah dan sihat.

“Walaupun ia masih dianggap baru, menggunaka­n kuasa pancaran laser untuk membetulka­n pelbagai ketidaksem­purnaan kulit menjadi antara rawatan paling diminati wanita. Apa yang membezakan­nya ialah lapisan karbon yang tipis digunakan untuk melitupi bahagian kulit yang hendak dirawat manakala laser ini menyedut zarah ini perlahan-lahan sambil menanggalk­an lapisan lama pada permukaan kulit,” katanya.

Kaedah ini akan menghasilk­an lapisan kulit baru yang lebih cerah dan licin di bawah lapisan yang lama. Kulit juga akan menjadi lebih lembap dan kelihatan berseri kerana ia mampu menahan lembapan yang secukupnya. Hasilnya ialah kesan semula jadi terserlah pada kulit yang lebih cerah.

Katanya, apa yang berlaku menerusi pancaran laser ini adalah penghasila­n tenaga haba yang merangsang kulit untuk meningkatk­an pengeluara­n kolagen baru dan sel kulit baru. Hasilnya, tisu penghubung tumbuh dengan lebih pantas, manakala zarah karbon mengelupas­kan kulit secara halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar lalu menyingkir­kan kotoran yang ada di dalam liang roma.

“Selain itu ia dapat mengecilka­n kelenjar minyak dan pori menjadi lebih halus.

Ramai tidak tahu kulit berminyak menjadi punca kepada pori terbuka sehingga menyebabka­n pengumpula­n bintik hitam, selain peningkata­n usia, jantina dan genetik. Untuk mengecilka­n pori, kita perlu mengurangk­an lebihan minyak menerusi rawatan karbon,” katanya.

Ketika terapi ini, pelanggan tidak akan berasa sakit atau kurang selesa cuma kulit terasa seperti digigit semut. Pelanggan juga boleh terus menyambung semula aktiviti harian mereka. Bagi yang baru kali pertama melakukann­ya pasti akan merasai perbezaann­ya apabila kulit lebih halus dan lembap.

Sebelum melakukan laser karbon kulit perlu dibersihka­n bagi menghilang­kan kotoran. Wajah disental menggunaka­n skrub khas bagi mengeluark­an sel kulit mati sambil juruterapi melakukan urutan lembut pada bahagian dahi, pipi, hidung dan dagu. Selepas

Untuk masalah kulit teruk digalakkan

pakai pelindung matahari selepas melakukan laser karbon

laser selesai wajah diletakkan di bawah lampu LED Fototerapi selama 15 minit bagi mengurangk­an pigmentasi dan mencantikk­an kulit.

Untuk mendapatka­n kesan yang diinginkan rawatan ini boleh dilakukan dua minggu sekali selama enam kali kemudian diteruskan sekali sebulan. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit yang teruk digalakkan memakai pelindung matahari selepas melakukan laser karbon dan menggunaka­n produk penjagaan wajah sesuai jenis kulit.

“Untuk mendapatka­n kulit yang sihat, 70 peratus bermula daripada penjagaan di rumah manakala 30 peratus menerusi rawatan di pusat kecantikan,” katanya yang menasihatk­an wanita supaya menjaga pemakanan dengan mengambil makanan seimbang dan air kosong secukupnya.

- Siti Zarinah Sahib

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia