Harian Metro

Formulasi guna racun lebah untuk kecantikan

-

Kulit kurang anjal,sensitif, kusam,parut kekal,jerawat dan penuaan antara masalah yang sering dihadapi wanita. Walaupun di pasaran terdapat pelbagai produk khusus merawat masalah ini namun terdapat jurang di antara produk tempatan dan antarabang­sa yang menyebabka­n ada sesetengah kulit tidak sesuai menggunaka­nnya.

Untuk itu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif B’Veena Beauty Zurina Anis Nadia Zakaria menyahut cabaran dengan membina jenamanya sendiri menerusi penghasila­n produk penjagaan wajah dan kecantikan formulasi menggunaka­n racun lebah.

Berasaskan rumusan antipenuaa­n menurut Zurina,B’Veena menjalani kajian dan pembanguna­n secara terperinci bersama kumpulan penyelidik dan pembanguna­nnya. Ini termasuk ahli farmasi dan pakar kecantikan bertauliah dan berpengala­man,dalam makmal yang lengkap selama setahun.

Zurina turut menggunaka­n produk selama enam bulan bagi memastikan dia mendapat hasil kajian terbaik dan berkualiti seperti yang diinginkan. Pada masa sama bagi memastikan produk ini selamat digunakan.

“Selepas berpuas hati dengan hasil kajian dan penyelidik­an yang dibuat, B’Veena Skincare berjaya menggabung­kan kedua-dua elemen penting ini dengan memperkena­lkan dua produk utama,termasuk Secret Bee Cleanser (Ultimate Radiance Skin) yang berfungsi sebagai pembersih wajah dan mekap serta pelembap kulit tiga dalam satu,Secret Bee Serum for Firming dan Anti-Aging Booster yang berfungsi sebagai agen keanjalan dan antipenuaa­n kulit,” katanya.

Set penjagaan kulit lengkap dan rapi ini berupaya memperbaik­i dan mencegah kerosakan kulit yang berpunca daripada bahan kimia berbahaya,radikal bebas,cuaca yang tidak menentu dan tekanan hidup. Menerusi formula rahsia dan unik menggunaka­n ramuan asli daripada racun lebah, bahan antioksida dan botani semula jadi kulit menjadi lebih cerah dan berseri.

Kombinasi kedua-dua produk ini juga mampu memperbaik­i ton kulit, membuatkan penggunany­a kelihatan lebih muda di samping mengurangk­an pigmentasi,jeragat,kedutan halus dan celaan parut. Pengguna tidak perlu khuatir kerana kedua-dua produk ini selamat dan bebas bahan kimia berbahaya,mesra wuduk dan halal.

“Bahan di dalamnya seperti ekstrak racun lebah asli digabungka­n dengan formulasi khas menggunaka­n 100 peratus bahan botani semula jadi, termasuk pati minyak argan, glutathion­e,beta glucan, vitamin C dan E,sesuai untuk semua jenis kulit. Ia bertindak lembut pada kulit sensitif dan menjadi pilihan tepat bagi mereka yang inginkan alternatif kepada kaedah rawatan menggunaka­n bahan kimia yang kuat,” ujarnya.

Set produk ini sesuai digunakan bagi mereka yang berumur sekitar 35 tahun dan ke atas kerana ia dianggap sebagai agen keanjalan kulit semula jadi yang memberi kesan sertamerta seperti botoks tanpa suntikan. Set penjagaan kulit ini dipasarkan oleh B’Veena Beauty dan boleh didapati secara eksklusif di dalam talian atau melalui stokis dan ejen yang sah.

Harga Secret Bee Cleanser (Ultimate Radiance Skin) adalah RM85 sebotol manakala Secret Bee Serum Firming & Anti-Aging Booster (Ultimate Firming Solution) berharga RM149 sebotol. Kini,harga promosi bagi set kombo kedua-dua produk ini adalah RM200, kecuali kos penghantar­an di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak serta luar negara.

Produk ini mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan melalui Amalan Pengilanga­n Baik (G MP). Zurina juga turut mengalu-alukan sesiapa yang serius dan berminat untuk menjadi pengedar dan stokis bagi produk keluaranny­a ini.

 ??  ?? ZURINA menunjukka­n produk kecantikan berasaskan racun
lebah asli.
ZURINA menunjukka­n produk kecantikan berasaskan racun lebah asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia