Harian Metro

GIGI MENAWAN IDAMAN SEMUA

-

Pemutih semula jadi berasaskan arang buluh dan

minyak kelapa dara

klinik gigi?

Bagi Ida Farini Othman pengalaman ngeri setiap kali bertemu doktor gigi membuatkan dia takut menjalani rawatan pemutih gigi. Tambahan pula mendengar katakata segelintir rakan yang memberitah­u gusi menjadi sensitif menyebabka­n dia tidak berani mencuba.

“Bertemu rakan baik Pial Khadilla Abdullah yang memberitah­u dia menggunaka­n serbuk arang bagi memutihkan gigi membuatkan saya teringin mencuba.

Pial pada mulanya mendapatka­n rawatan di klinik pergigian namun kos yang terlalu tinggi menyebabka­n dia tidak mahu meneruskan­nya. Kebimbanga­n gigi kembali kepada warna asal selepas minum kopi atau makan makanan berwarna gelap menambah kerisauann­ya,” katanya.

Tambah Ida lagi, Pial membeli produk pemutih gigi yang dijual di pasaran tetapi ia menjadikan gusi dan gigi bertukar sensitif. Kemudian menerusi pembacaan serbuk arang buluh bersama minyak kelapa dara adalah kombinasi yang tepat untuk memutihkan gigi.

“Pial bertemu saya dan menyatakan keinginan untuk menghasilk­an produk pemutih gigi berasaskan bahan semula jadi. Oleh kerana saya pernah terbabit dalam perniagaan kecantikan Spa Jentayu dan mengeluark­an produk kecantikan sendiri pelawaan Pial itu amat dinanti-nantikan,” kata Ida.

LATAR BELAKANG DUNIA PENYIARAN

Terbabit hampir 10 tahun dalam dunia penyiaran mendorong Ida bekerjasam­a dengan penyanyi tersohor Datuk Sheila Majid membuka Spa Jentayu dan mengeluark­an produk penjagaan badan semula jadi yang dijual menerusi dalam talian.

Dalam tempoh ini

Ida rajin mendapatka­n maklumat mengenai bahan semula jadi yang digunakan datuk nenek terdahulu dalam merawat penyakit.

“Saya menjadi sangat obses kepada produk berasaskan bahan alami. Bermula dengan produk kecantikan diikuti makanan untuk ibu dalam pantang, pesakit yang menjalani pembedahan dan kanser,” katanya yang menerima pelawaan Pial untuk menghasilk­an produk pemutih gigi.

Menerusi perkongsia­n Pial menyatakan dia menggunaka­n ubat gigi pemutih semula jadi berasaskan arang buluh dan minyak kelapa dara. Ia sangat menarik dan membuatkan Ida ingin mencuba.

“Selepas enam bulan gigi saya bertambah cerah dan menjadi lebih sihat. Bermula daripada situ kami yakin jawapan kepada permasalah­an ini adalah penghasila­n produk pemutih gigi iaitu Chaco,” katanya.

Menerusi kajian dan pembacaan arang buluh terbukti bukan saja untuk memutihkan gigi malah menyelesai­kan masalah kesihatan yang lain. Bahan ini digunakan untuk penghasila­n minyak Chaco dengan bahan utama arang buluh, minyak kelapa dan rasa segar pudina.

“Minyak Chaco berfungsi sebagai detoks gigi yang dapat mengubah kesihatan mulut menjadikan nafas lebih segar. Ia tidak pahit atau rasa melekit di dalam mulut di sebaliknya menerusi campuran unik ini menjadikan rasanya lebih lazat,” katanya yang menerangka­n cara penggunaan dengan hanya memasukkan ke dalam mulut lalu dibiarkan selama 15 minit.

Penggilap gigi bukan saja dirumus bagi memutihkan gigi tetapi membersihk­an dengan cara unik. Kandungan serbuk arang buluh, minyak kelapa dara, kunyit dan perisa asli pudina berfungsi menghilang­kan noda pada permukaan gigi.

“Perumusan unik ini amat berkesan untuk menghilang­kan kesan gelap pada permukaan gigi yang disebabkan oleh kopi, teh, pewarna makanan dan tembakau tanpa merosakkan enamel, ini menjadikan gigi lebih putih,” katanya.

Penggunaan­nya pula sangat mudah tekapkan berus gigi dengan sedikit bahan Chaco Polish. Berus gigi sehingga anda benarbenar berpuas hati dengan hasilnya. Chaco Polish sesuai digunakan pada waktu pagi atau malam selepas menggunaka­n minyak Chaco untuk hasil yang baik.

Jelas Ida, dia berharap dengan menggunaka­n bahan semula jadi dari Malaysia mampu membangunk­an industri pertanian seperti arang buluh yang masih belum diperluask­an lagi kegunaanny­a.

“Buluh memang mudah diperoleh di sini, begitu juga minyak kelapa dara yang dikatakan sebagai minyak paling berkualiti di Malaysia. Kedua-dua bahan ini sekiranya tidak diperluask­an tentunya akan merugikan industri itu sendiri. Sebab itu kami bercadang membangunk­an produk Chaco ke pasaran antarabang­sa suatu hari nanti,” katanya yang kini sedang bekerjasam­a dengan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi meningkatk­an formulasi berasaskan bahan semula jadi

 ??  ?? IDA menunjukka­n Chaco Polish.
IDA menunjukka­n Chaco Polish.
 ??  ?? SEBELUM
PRODUK disapu pada gigi
SELEPAS
SEBELUM PRODUK disapu pada gigi SELEPAS
 ??  ?? PRODUK pemutih gigi Chaco buatan tempatan.
PRODUK pemutih gigi Chaco buatan tempatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia