Harian Metro

Ubat gigi dengan formulasi Habbatus sauda

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Dalam masyarakat kita, sejak dahulu makanan menjadi ‘alat’ penyatuan yang merapatkan ukhuwah penduduk tanpa mengira bangsa. Namun pengambila­n makanan dengan kandungan gula yang tinggi boleh merosakkan gigi. Ia melemahkan gigi kita sekali gus menyebabka­n masalah kerosakan gigi, gusi dan nafas berbau.

Memahami kehendak Muslimin moden, jenama ubat gigi halal nombor satu Malaysia dengan rangkaian ubat gigi diperkaya mikro kalsium, Safi kini memperkena­lkan tambahan baharu kepada formulasi mereka iaitu Gedung farmasi barangan kesihatan dan kecantikan Malaysia, Guardian, kini meluaskan koleksi penjagaan rambut dan badan berasaskan minyak argan dan minyak zaitun dara apabila menyediaka­n rangkaian produk Organik Botaneco Garden di semua cawangan bagi memberikan habbatus sauda.

Habbatus sauda atau secara saintifik dikenali sebagai Nigella sativa bersifat antibakter­ia dan menjadi bahan yang biasa digunakan dalam masakan India dan Timur Tengah.

Sejak zaman dahulu, habbatus sauda terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan yang terkandung di dalamnya seperti meningkatk­an sistem imunisasi badan, membantu menghalang penyakit kanser, mengurangk­an radang dan mengawal penghasila­n bakteria berbahaya.

Selain habbatus sauda, rangkaian ubat gigi Safi Mikro Kalsium juga mengandung­i kalsium, serat, zat besi, kalium dan protein yang dikenal pasti sebagai bahan yang mempunyai ciri penyembuha­n membantu melindungi serta menguatkan gigi dua kali ganda sekali gus melawan masalah kaviti, gusi dan nafas berbau.

Ubat gigi Safi dengan formulasi terbaharu sesuai untuk kegunaan seisi keluarga ini hadir dengan reka bentuk pembungkus­an moden. Ramuannya seiring dengan kehendak syarak sekali gus memahami keperluan pengguna Muslim. Ia hadir dengan tiga variasi perisa iaitu oren herba, kayu sugi dan gamat.

Harga bermula daripada RM2.80 (pek 75g) sehingga RM6.90 (250g). Ubat gigi ini boleh diperoleh di pasar raya utama, kedai runcit, pasar raya besar dan farmasi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia