Harian Metro

PELIHARA BAHAGIAN INTIM

- Fatin Farhana Japre am@hmetro.com.my

Tuala berasas bahan organik elak kesan sampingan

Keputihan, kekuningan, jangkitan faraj, gatal dan berbau antara masalah yang sering dialami wanita. Kebersihan bahagian intim wanita tidak ubah seperti ketelitian kita dalam memastikan kesihatan oral yang menuntut penjagaan harian secara praktikal dan berterusan.

Memberus gigi, berkumur dan flos bagi mengelakka­n kerosakan serta jangkitan gusi antara rutin harian yang dilakukan.

Begitu juga dengan rutin tertentu seperti memakai tuala wanita dan pelapik seluar dalam yang berasaskan organik wajar diamalkan wanita dalam usaha memastikan sistem reprodukti­f mereka terpelihar­a, seterusnya dapat berfungsi hingga tahap optimum.

Oleh itu, jenama tuala wanita Mina Anion rasa bertanggun­gjawab untuk membantu wanita tampil bersih, selesa dan berasa yakin sepanjang hari menerusi pemilihan tuala wanita Mina Anion yang berasaskan bahan organik 100 peratus.

Pengasas Mina Anion, Midah Abdullah dan rakan kongsinya, Faizura Fuad berkata, kebanyakan tuala wanita di pasaran diperbuat daripada bahan buangan yang dikhuatiri memberi kesan sampingan kepada wanita dalam jangka masa panjang.

“Wanita perlu tahu kebanyakan tuala wanita di pasaran berasaskan bahan buangan seperti bekas telur, kertas sampah, pulpa kayu, bahan kitar semula dan bahan kimia kekal.

“Lebih membahayak­an ia turut mengandung­i dioksin iaitu bahan penyebab kanser yang digunakan dalam proses pengilanga­n produk kertas seperti tampon, tuala wanita, pelapik seluar dalam dan lampin pakai buang.

“Apabila tuala wanita ini dipakai terlalu lama ia boleh mengakibat­kan keputihan melampau, radang rahim, endometris­is, jangkitan saluran kencing, vagina berbau, bahagian intim tidak produktif dan ada juga pihak mendakwa ia boleh menjadi faktor penyebab kanser.

“Meskipun dakwaan itu tidak dibuktikan, tetapi adalah lebih baik jika kita berhati-hati dan memilih produk yang diperbuat daripada bahan terbaik serta tidak memberi kesan kepada kesihatan.

“Oleh itu, kami menyaranka­n wanita terutamany­a mengalami masalah sakit puan seperti senggugut, kitaran haid tidak menentu, sakit belakang atau jangkitan faraj supaya menggunaka­n tuala wanita yang diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi iaitu polimer organik yang diperbuat daripada jagung, kapas tulen, sutera, bahan mesra alam dan diiktiraf Food and Drug Administra­tion (FDA),” katanya.

Kata Midah, Mina Anion menepati ciri tuala wanita yang baik kerana ia bukan saja diiktiraf FDA malah bungkusann­ya kedap udara, pembuatan bebas habuk serta mempunyai lapan lapisan yang unik.

“Lapisan pertama

Mina Anion dibaluti sutera yang sangat lembut menggalakk­an penyerapan dan mesra kulit. Lapisan kedua mempunyai oksigen aktif (pita ion negatif) yang sangat efektif untuk mencegah bakteria.

“Memasuki lapisan ketiga, ia dilengkapi penyaluran unik dan penyerapan yang lebih pantas serta mencegah kebocoran tepi. Lapisan keempat pula, kapas tulen yang disterilis­asi supaya bebas dari habuk.

“Bahan polimer organik (jagung) di lapisan kelima berupaya menahan air dengan kuat manakala lapisan keenam fungsinya sama seperti lapisan empat.

“Di lapisan ketujuh, membran dasar telus udara menjadikan kulit kering dan selesa dan lapisan terakhir adalah pelekat yang selaras dan selamat terhadap kulit manusia (ergonomi).

“Lapan lapisan yang unik ini berupaya menghalang pembiakan bakteria di tempat sulit,” katanya yang menjalanka­n perniagaan secara dalam talian menggunaka­n Facebook minaanionr­bs.

Sementara itu,

Faizura berkata banyak keistimewa­an menggunaka­n tuala wanita Mina Anion selain menjaga alam sekitar kerana tidak perlu menggunaka­n tuala wanita yang memerlukan berpuluh tahun untuk lupus, ia juga menjimatka­n kerana wanita tidak perlu membeli setiap bulan.

“Cukup dengan membeli satu set Mina

Anion berharga RM50 yang merangkumi tuala wanita untuk kegunaan siang (10 keping), malam (8 keping) dan pelapik seluar dalam (30 keping) yang boleh dipakai selama dua hingga tiga bulan.

“Banyak kebaikan yang diperoleh dengan menukar kepada tuala wanita organik dan kami mahu memberi kesedaran kepada wanita untuk mengubah cara hidup kepada gaya lebih selamat dan sihat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FAIZURA (kiri) dan Midah menunjukka­n tuala wanita organik Mina Anion keluaran mereka.
SET Mina Anion yang merangkumi tuala wanita untuk
kegunaan siang, malam dan pelapik
seluar dalam.
FAIZURA (kiri) dan Midah menunjukka­n tuala wanita organik Mina Anion keluaran mereka. SET Mina Anion yang merangkumi tuala wanita untuk kegunaan siang, malam dan pelapik seluar dalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia