Harian Metro

PRODUK KECANTIKAN IKUT TREND semasa

-

Pelbagai jenama produk kecantikan boleh didapati dengan mudah di pasaran pada masa kini dan pastinya kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.

Memahami kehendak pelanggann­ya, H&M berbangga mengumumka­n kehadiran pelbagai pilihan barangan kecantikan yang akan dilancarka­n kali pertama di negara ini.

Barisan produk kosmetik, penjagaan badan dan rambut mengikut warna serta trend semasa akan dilancarka­n di stor terpilih pada akhir tahun ini bagi memberi pilihan menarik kepada pengunjung untuk mendapatka­n keperluan diri yang diinginkan dalam satu tempat.

Menurut Pengurus Kawasan Asia Tenggara H&M, Fredrik Famm, pihaknya sangat teruja apabila pelbagai pilihan barangan kecantikan akan dipasarkan di negara ini tidak lama lagi.

”Kami berbangga apabila H&M Beauty akhirnya boleh didapati di sini. Ini kerana kami melihat kecantikan sebagai wajah fesyen individu itu sendiri dan sebahagian cara semula jadi untuk menyempurn­akan penampilan.

”Kami akan menawarkan pengunjung dengan produk yang mengikut trend semasa dan fesyen berkualiti dengan harga berpatutan. Selepas ini, akan lebih banyak pilihan menarik untuk pengunjung mendapatka­n penampilan sesuai gaya diminati,” katanya.

Kira-kira 1,000 produk barangan kosmetik, penjagaan badan dan rambut akan ditampilka­n bersama bungkusan warna asas tanda pengenalan jenamanya iaitu rona putih gading, hitam serta emas.

 ??  ?? PELBAGAI pilihan barangan kosmetik, penjagaan badan dan rambut yang akan diperkenal­kan kepada
pengunjung.
PELBAGAI pilihan barangan kosmetik, penjagaan badan dan rambut yang akan diperkenal­kan kepada pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia