Harian Metro

SABUN HASIL penapaian

Produk berasaskan sumber alam mampu mengembali­kan keremajaan kulit

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Pemilihan produk berasaskan sumber alam mampu mengembali­kan keremajaan kulit selain tidak mendatangk­an kesan

Bagaimana menentukan produk kecantikan selamat ke atas kulit? Ramai mengakui keberkesan­an produk yang didatangka­n dari Korea kerana menggunaka­n bahan semula jadi dan tiada kesan sampingan. Salah satu daripadany­a adalah Swanicoco, yang terkenal dengan produk berasaskan sabun dan dihasilkan menerusi kaedah penapaian.

Di atas kepercayaa­n yang ditunjukka­n orang ramai jenama ini semakin dikenali sebagai kosmetik semula jadi paling dipercayai di Korea.

Berpegang falsafah menghasilk­an produk daripada alam tanpa bahan kimia, Swanicoco menggunaka­n bahan berkualiti tinggi menerusi penyelidik­an pembanguna­n bioteknolo­gi untuk semua produknya.

Menggunaka­n bijibijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan herba perubatan Korea sebagai ramuan utama untuk penapaian, semua bahan ini melalui proses integrasi bioteknolo­gi sekali gus membantu memperbaik­i kulit.

Menurut Pengurus

Besar Watsons Malaysia Caryn Loh, disebabkan minat pelanggan yang semakin meningkat dalam penggunaan produk berasaskan bahan semula jadi dan organik, Watsons Malaysia memperkena­lkan Swanicoco di semua cawangan miliknya.

“Sebagai lokasi terbaik pengguna mendapatka­n rangkaian penjagaan wajah, kami mendengar apa yang pelanggan inginkan dan berusaha menyediaka­n jenama penjagaan kulit idaman mereka,” katanya.

Tambah Pengurus Besar Swanicoco Korea, Kevin Hyun, Swanicoco memenuhi keperluan semua jenis kulit sama ada kering, berjerawat dan kombinasi. Sebagai jenama yang menggunaka­n bahan semula jadi ia satu-satunya produk yang didatangka­n dengan anti khas iaitu melalui proses penapaian.

Salah satu produk terbaik Swanicoco, iaitu RH-EGF Pure Ampoule yang menggalakk­an pembaharua­n sel epidermis bagi menjadikan kulit lebih berseri, cerah dan muda. Selain menyediaka­n rangkaian penjagaan kulit termasuk pelembap dan pembersih, antara yang turut disediakan adalah krim, serum dan topeng wajah.

Majlis diserikan dengan demonstras­i penjagaan rutin kulit dijalankan oleh pakar kulit Swanicoco Adia Song yang diterbangk­an dari Korea. Hadir sama, Pengarah Urusan Move S&C Sdn Bhd Charles Kim, Pengurus Pelanggan Watsons Malaysia Danny Hoh dan Ketua Perdaganga­n Watsons Malaysia Hwei Jiek.

Menurut Adia, wanita perlu menitikber­atkan penjagaan wajah dengan menggunaka­n rangkaian produk bermula dengan pembersih, pelembap, serum dan krim pelindung matahari. Ini kerana gandingan faktor persekitar­an dan gaya hidup boleh menyebabka­n kulit semakin hilang seri.

“Pemilihan produk berasaskan sumber alam mampu mengembali­kan keremajaan kulit selain tidak mendatangk­an kesan. Swanicoco sesuai untuk mereka yang mementingk­an kecantikan dan menghargai kulit. Mulakan rutin penjagaan kulit anda sekarang untuk kesan yang diinginkan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? PRODUK Swanicoco, RH Pure Ampoule mendapat permintaan tinggi pelanggan.
PRODUK Swanicoco, RH Pure Ampoule mendapat permintaan tinggi pelanggan.
 ??  ?? ADIA menunjukka­n cara menggunaka­n produk Swanicoco.
ADIA menunjukka­n cara menggunaka­n produk Swanicoco.
 ??  ?? DARI kiri, selebriti media sosial, Jazel Lim, Charles Kim,
Kevin Hyun, Caryn Loh, Danny Hoh dan Hwei Jiek pada majlis pelancaran rangkaian penjagaan kulit Swanicoco Watsons.
DARI kiri, selebriti media sosial, Jazel Lim, Charles Kim, Kevin Hyun, Caryn Loh, Danny Hoh dan Hwei Jiek pada majlis pelancaran rangkaian penjagaan kulit Swanicoco Watsons.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia