Harian Metro

BANTU WANITA SIBUK TAMPIL MENAWAN

-

Setiap wanita terutama yang mengalami kekangan masa dan sibuk dengan tuntutan tugas di pejabat mahupun di rumah pastinya mendambaka­n kulit wajah cantik berseri tanpa sebarang cela.

Hakikatnya, setiap wanita mahu kelihatan cantik dengan cara yang mudah tanpa perlu meluangkan masa yang lama di pusat kecantikan ataupun menggunaka­n pelbagai jenis produk kecantikan yang tidak diketahui keberkesan­annya.

Atas faktor itu serta bertujuan membantu setiap wanita memiliki kulit wajah anggun menawan, Fieyda Sany Beauty menghasilk­an produk terbarunya QRatu Foundation yang dirumus khas untuk mencantikk­an serta merawat pelbagai masalah kulit wajah.

Menurut pengasasny­a Hafida Zahari, produk keluaranny­a itu sudah berada di pasaran sejak tahun ini dan menerima sambutan memberangs­angkan daripada pelbagai golongan wanita.

Antara keistimewa­aan QRatu Foundation adalah ia mampu menutupi pigmentasi, parut, cela, jerawat dan bintik hitam pada wajah selain bertahan sehingga 16 jam.

“Ia juga ringan dan lembut pada wajah, sesuai untuk semua jenis kulit dan mampu melindungi wajah daripada sinar pancaran matahari yang menjadi penyebab kepada pigmentasi.

“Produk ini diperkaya dengan ekstrak botani, vitamin C dan agen pencerahan wajah yang mampu mengurangk­an kesan penuaan, mengawal masalah jerawat supaya kulit wajah kelihatan bersih dan gebu,” katanya.

Menurut Hafida, bedak asas itu juga mesra solat, mampu menegang, melembapka­n kulit serta menganjalk­an dan mengurangk­an kedutan. Produk menarik ini dijual pada harga RM59 dan mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

 ??  ?? QRATU Foundation mempunyai pelbagai kesan positif untuk kulit wajah.
QRATU Foundation mempunyai pelbagai kesan positif untuk kulit wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia