Harian Metro

AZLAN, FAIZAL JANJI ‘GEGAR’

- - Sudirman Mohd Tahir

Sabtu ini bakal berlangsun­g Konsert Nova di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert menggabung­kan enam

penyanyi hebat Malaysia dan Indonesia ini menjanjika­n sesuatu

yang menarik buat peminat. Penyanyi Malaysia terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter. Sementara dari Indonesia pula Judika, Cakra

Khan dan Syahrini. Meskipun pada tarikh dan waktu sama turut berlangsun­g Konsert Datuk

Sheila Majid, Azlan tetap optimis Konsert Nova bakal mencipta sejarah

tersendiri. Menurut Azlan, tidak timbul soal tertekan atau persaingan kerana dia beranggapa­n dua konsert ini mempunyai kelompok peminat

berbeza.

Sejujurnya konsert ini begitu istimewa. Gabungan artis juga pelbagai dan menampilka­n muzik berbeza. Malah setiap penyanyi mempunyai peminat tersendiri

AZLAN Azlan, Faizal janji tampilkan persembaha­n hebat

“Dalam apa juga pekerjaan dilakukan pasti ada tekanan. Cuma apabila bercakap mengenai konsert ini setiap pihak yang terbabit perlu berusaha. Tidak ada istilah menyerah atau berserah. Alhamdulil­lah tiket pun sudah banyak terjual.

“Sejujurnya konsert ini begitu istimewa. Gabungan artis juga pelbagai dan menampilka­n muzik berbeza. Malah setiap penyanyi mempunyai peminat tersendiri. Jadi saya yakin konsert ini juga mendapat sambutan baik,” katanya.

Pada malam konsert itu nanti, Azlan bakal menyanyika­n empat lagu solo dan dua lagu duet.

Apa yang pasti, Azlan mengambil masa dua bulan untuk membuat persiapan dari segi fizikal dan vokal.

“Setiap kali ingin menjayakan persembaha­n, perkara paling dirisaukan adalah mental dan rehat. Disebabkan itu saya perlu ada terapi mental agar lebih relaks. Selain itu penjagaan stamina juga memainkan peranan penting.

“Saya berjaya menurunkan berat 10 kilogram sematamata untuk konsert ini. Selebihnya saya perlu fokus. Bukan masanya lagi nak main-main kerana saya percaya setiap individu yang terbabit pun sudah menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing,” katanya.

Berbeza pula dengan Faizal Tahir, dia sangat mengalu-alukan tekanan kerana daripada situ dapat menguji diri untuk menjadi seorang yang berfikiran positif.

“Selepas 11 tahun berada dalam industri, satu perkara saya belajar adalah perlu sentiasa positifkan minda. Memang perkara ini banyak membantu. Tidak dinafikan tekanan pasti ada, tetapi jangan terlalu memikirkan perkara itu.

“Alhamdulil­lah, saya boleh mengawal tekanan itu. Malah untuk konsert ini pun bagi saya ia memberikan satu tekanan yang baik. Apatah lagi semua pemuzik terbabit pernah bekerjasam­a dengan saya sebelum ini. Masing-masing sudah saling mengenali,” katanya yang teruja berkongsi pentas dengan penyanyi Indonesia.

Berkongsi mengenai persediaan, Faizal mengakui lebih fokus kepada persembaha­n vokal.

“Pengarah muzik

Aubrey Suwito menggalas tanggungja­wab lebih besar. Disebabkan itu saya perlu fokus kepada vokal dan persembaha­n.

Malah saya menyifatka­n konsert ini antara persembaha­n yang lebih relaks dan bersahaja pernah saya jayakan,” katanya.

Menurut

Faizal, konsert ini bakal menampilka­n persembaha­n hebat daripada setiap penyanyi termasuk dirinya.

Malah dia berusaha membuat persembaha­n terbaik dan berbeza dengan persembaha­n sebelum ini.

“Tidak kisah sama ada konsert atau apa juga persembaha­n lain, sebagai penyanyi saya perlu memberikan yang terbaik. Tidak kira konsert berskala besar atau persembaha­n kecil, saya kena bersungguh­sungguh.

“Cuma saya perlu bijak membezakan setiap persembaha­n. Pendek kata kreativiti persembaha­n memainkan peranan penting. Takkan setiap persembaha­n sama saja. Nanti orang bosan pula.

Jadi untuk konsert harus ada sedikit kelebihan,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia